Menu
in , , ,

Buat Pertama Kalinya, EA Jual Kosmetik FIFA 21 Bukan Dalam Loot Box

Sama ada kita suka atau tidak, kita semua tahu bahawa mode paling popular dalam siri game FIFA keluaran EA Sports adalah Ultimate Team (FUT).

Selain mempunyai pemain yang ramai, antara sebab mengapa ia begitu terkenal adalah disebabkan kontroversi melalui sistem loot box mereka yang kini ditekan ramai kerana perkaitannya dengan perjudian.

Terkini, EA Sports nampaknya buat julung kalinya telah melancarkan sistem pembelian dalam game yang baharu, iaitu membuat pembelian terus terhadap beberapa item. Dalam kata lain, kita akan nampak dan tahu apakah yang kita akan dapat melalui pembelian itu, tak perlu membuka loot box atau pek yang akan memberikan kita item secara rawak.

Menurut Eurogamer, store FUT telah menambah tab Stadium yang baharu. Melalui tab ini, pemain kini boleh membeli tifo, tema stadium, dan jersi home dan away secara berasingan, atau membelinya semua sekali secara bundle.

Rungutan yang timbul pula adalah harga yang ditawarkan agak mahal. Korang boleh lihatnya dalam screenshot di bawah.

Semestinya, selain membeli item-item ini menggunakan FIFA Points (belinya dengan wang sebenar), pemain juga boleh dapatkan item-item menggunakan FUT Coins (mata yang dikumpul dengan bermain mode ini)

Walau bagaimanapun, berapa pun harga yang diletak, langkah ini pada pandangan penulis harus diraikan kerana apabila menggunakan sistem pembelian secara terus, iaitu memaparkan dengan jelas apakah item yang kita akan dapat adalah satu sistem yang lebih murni. Bukan sebuah sistem loot box yang banyak negara Eropah sudah sahkan sebagai satu bentuk perjudian.

JomBaca: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Mula Suarakan Unsur Perjudian Loot Box Dalam Video Game

Langkah EA Sports ini menimbulkan perbincangan yang hangat dalam komuniti FIFA. Apakah ini merupakan percubaan mereka untuk memperkenalkan lebih banyak pembelian terus dalam siri-siri FIFA akan datang? Atau mungkin sekaligus akan membuang terus sistem loot box?

Apa pula pandangan korang? Sudah sampai masanya EA membuang sistem yang semestinya merupakan satu bentuk perjudian ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version