in , ,

Buat Masa Ini, Ubisoft Kata Game PS5, Xbox Series X Mereka Tidak Dinaikkan Sehingga RM300

Awal bulan ini, kita dikejutkan dengan pengumuman harga game keluaran penerbit 2K untuk konsol generasi akan datang. NBA 2K21 sudah boleh dipra-tempah di laman web rasminya, yang mana harga yang didedahkan ialah USD70 (~RM300) untuk PS5 dan Xbox Series X — naik sebanyak USD10 berbandingan harga game AAA sekarang iaitu USD60.

Ramai mula risau yang harga ini bakal menjadi penanda kepada harga standard untuk game-game AAA untuk konsol generasi akan datang yang bakal dilancarkan pada hujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, Ubisoft telah mendedahkan yang harga game keluaran mereka untuk konsol generasi akan datang tidak akan dinaikkan buat masa sekarang. Dalam kata lain, ia akan kekal pada harga USD60 (~RM250).

Melalui laporan kewangan terbaharu, CEO Ubisoft, Yves Guillemot menyatakan untuk tiga game mereka untuk konsol generasi akan datang yang akan dikeluarkan pada hujung tahun ini, “kami merancang untuk keluarkannya dengan harga yang sama seperti konsol generasi sebelumnya [PS4/Xbox One].”

Namun, beliau seolah-olah tidak mengesahkan yang semua game mereka akan datang untuk PS5 dan Xbox Series X akan kekal sama kerana Guillemot menambah, “Seperti yang kami katakan tadi, untuk harga USD60 ini kami memfokuskannya untuk pelancaran pada Krismas dan kami telah putuskan yang game-game ini akan dikeluarkan pada harga USD60.”

Pada ketika ini, kita hanya mengetahui yang hanya Assassin’s Creed Valhalla (17 November) dan Watch Dogs Legion (29 Oktober) yang akan dilancarkan pada musim hujung tahun ini. Game ketiga yang akan dilancarkan pada tempoh waktu ini masih belum diumumkan.

Manakala Far Cry 6 pula akan dilancarkan pada 18 Februari 2021. Mungkinkah game ini akan dinaikkan ke RM300?

Sumber: Kotaku

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Studio Dari Malaysia, Passion Republic Turut Terlibat Dalam Pembangunan Ghost of Tsushima

Kylian Mbappe Diumumkan Sebagai Bintang Muka Hadapan FIFA 21

Kylian Mbappe Diumumkan Sebagai Bintang Muka Hadapan FIFA 21