in ,

Buat Kali Pertamanya, Jumlah Pemain PUBG Mencatatkan Penurunan Di Steam

PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan sebuah game yang paling popular di Steam semenjak ia dikeluarkan pada bulan Mac 2017.

Sejak PUBG memasuki Steam Early Access, jumlah pemain untuk game itu tidak pernah menurun, malah semakin meningkat. Ini telah memberikan satu kontras yang berbeza dengan game-game lain yang ada di Steam, di mana jumlah pemainnya mula merosot selepas dilancarkan.

Selalunya game-game lain yang memasuki Steam Early Access, graf mereka selalu menunjukkan penurunan, tapi tidak bagi PUBG. Ia merupakan satu-satunya game yang menunjukkan graf yang sering meningkat dari semasa ke semasa, malah hampir mencapai 300%.

Walau bagaimanapun, sesuatu yang janggal telah berlaku, kerana buat kali pertamanya sejak bulan Mac 2017, jumlah pemain PUBG mula merosot. Menurut statistik dari carta Steam, jumlah pemain telah jatuh sebanyak 1.74%.

Dalam jumlah kasarnya, jumlah itu seramai 27,000 pemain. Penurunan jumlah pemain ini boleh memberikan satu masalah kepada mana-mana game, tapi ia hampir tidak mencapai 2% untuk PUBG.

Jika melihat kepada kadar pertumbuhan untuk PUBG bagi enam bulan yang lepas. Korang akan lihat bahawa ianya bermula pada bulan November 2017, apabila game itu mencapai kadar pertumbuhan lebih rendah dari bulan lepas (22% vs 64%).

Jadi apa yang sudah berlaku sebenarnya? Ini mungkin disebabkan pemain sudah mula hilang minat terhadap game tersebut. Lagipun terdapat pelbagai jenis game yang menggunakan formula battle royale yang sama dengan tema lebih menarik. Dan ini juga mempunyai kaitan dengan pemain dari China, mereka memberikan kekuatan yang besar kepada kadar pertumbuhan game itu.

Menurut Steam Spy, kadar pertumbuhan PUBG di China telah berhenti pada akhir bulan Januari lalu. Ia agak susah untuk dijelaskan kenapa ia berlaku, tapi PUBG versi mobile oleh Tencent yang akan berada di pasaran tempatan mungkin ada kaitan dengan perkara ini.

Usaha PUBG Corp. untuk membanteras penipu-penipu juga memberikan kesan kepada jumlah pemain di mana mereka rela membeli salinan semula game tersebut selepas diharamkan.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penerbit GTA, Red Dead Beri Respon Terhadap Fenomena Genre Battle Royale

Destiny 2: Mode PvP 2v2 Couple Double, Crimson Days Kembali Dengan Map Destiny 1