EA Sports telah mendedahkan siapakah bintang yang akan menghiasi muka hadapan untuk game bola sepak mereka seterusnya.
Buat julung kalinya dalam francais itu, seorang pemain bola sepak wanita akan membintanginya, berdamping dengan seorang lagi pemain bola sepak lelaki.
Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dan pemain Chelsea, Sam Kerr telah didedahkan sebagai bintang muka hadapan untuk FIFA 23 Ultimate Edition.

Untuk Standard Edition pula, Sam Kerr akan menghiasi muka hadapan untuk pasaran Australia dan New Zealand, manakala Kylian Mbappe pula menghiasi muka hadapan untuk pasaran global.


Trailer pertama FIFA 23 akan dikeluarkan pada 21 Julai, 12 tengah malam yang akan boleh ditonton di sini.
Comments
Loading…