in , , , , , ,

Buang Jenama PES, Game Bola Sepak Konami Kini Hanya ‘eFootball’, Beralih Ke Model Percuma Di Semua Platform

Hari ini bakal dikenang oleh peminat tegar siri game Winning Eleven dan Pro Evolution Soccer (PES) sebagai satu tarikh yang cukup bersejarah.

Setelah membina jenama berpuluh tahun, Konami kini membuang jenama PES (apatah lagi Winning Eleven) dari game bola sepak keluaran mereka. Kini, ia hanya berjudul eFootball.

Perubahan terbesar yang dilakukan adalah daripada sebuah game penuh berbayar, eFootball merupakan sebuah game bermodelkan percuma (free-to-play). Kemungkinan besar, sama seperti kebanyakan game percuma, mode-mode yang ditampilkan adalah berbentuk menggalakkan untuk para pemain melakukan perbelanjaan dalam game.

Tiada tarikh pelancaran diumumkan, namun Konami mengatakan eFootball akan dilancarkan pada musim luruh ini (sekitar September-Disember) untuk PC (Steam), PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, iOS dan Android. Fungsi cross-play juga akan disokong untuk semua platform.

Buat masa ini, Konami nampaknya tidak berkongsikan secara terperinci apakah sebenarnya kandungan yang bakal ditampilkan dalam game ini, walaupun telah melancarkan laman web rasminya.

Para peminat masih lagi tertanya-tanya, adakah eFootball ini merupakan sebuah game berasingan daripada game penuh PES tahunan seperti biasa, atau ia terus menggantikannya.

Namun, daripada apa yang dinyatakan di laman web rasmi, kelihatan Konami telah meninggalkan model game PES yang lama, beralih sepenuhnya kepada model percuma ini.

“Bagi mengisyaratkan era baharu ini, kami memutuskan untuk meninggalkan jenama PES kesayangan kami dan jenamakannya ‘eFootball”, ujar Konami. “Kini kami berharap anda akan menikmati pengalaman bola sepak serba baharu yang eFootball akan sajikan.”

Daripada ‘Roadmap’ yang dikongsikan, ada kelihatan game yang boleh dimainkan secara offline (main bersebelahan secara fizikal). Namun, mode-mode lain (yang masih belum ada nama mukmamad!) kelihatan seperti akan memfokuskan kepada online.

Bagaimana dengan mode-mode tradisional lain seperti Master League, Become A Legend dan lain-lain? Sekiranya Konami benar-benar telah membuang mode-mode ini begitu sahaja, ia umpama satu tikaman belakang kepada para peminat setia siri PES dan Winning Eleven sejak sekian lama.

Lebih mengecewakan mengenangkan janji Konami pada tahun lalu terhadap PES 2022 yang menjanjikan kuasa konsol generasi seterusnya melalui Unreal Engine.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PS5 Digital Edition Yang Lebih Ringan(?) Akan Mula Dijual Di Jepun Akhir Bulan Ini

Ghost of Tsushima: Pemain Boleh Belai Kucing, Monyet, Rusa Dalam DLC Iki Island – Saksikan Trailer Baharu