in , , , , ,

Brendan “PlayerUnknown” Greene Telah Meninggalkan Syarikat PUBG, Krafton

Brendan “PlayerUnknown” Greene telah meninggalkan syarikat induk PUBG, Krafton untuk menubuhkan sebuah studio indie, bergelar PlayerUnknown Productions.

Greene merupakan pencipta kepada mod battle royale yang kemudiannya dijadikan sebuah game penuh, iaitu PUBG yang juga diketuai oleh Greene. PUBG, atas ideanya, boleh dikatakan sebagai game pertama battle royale yang benar-benar mendapat perhatian global, yang seterusnya diikuti oleh bermacam game lain.

“Saya amat berterima kasih kepada semua di PUBG dan [Krafton] kerana peluang yang mereka telah tawarkan kepada saya sepanjang empat tahun lalu,” kata Greene dalam satu kenyataan, lapor Eurogamer.

“Hari ini, saya teruja untuk membawa perjalanan saya ke satu tahap seterusnya bagi mencipta satu jenis pengalaman yang bertahun telah saya impikan. Sekali lagi, saya berterima kasih kepada semua pihak di Krafton kerana menyokong perancangan saya, dan saya akan mempunyai lebih banyak untuk didedahkan tentang projek kami pada masa akan datang.”

Pada 2019, Greene telah melancarkan PUBG Special Projects, sebuah divisi dari Karfton yang berpangkalan di Amsterdam, Belanda untuk membangunkan satu projek baharu yang diberi nama kod Prologue.

Studio baharu yang ditubuhkan oleh beliau ini juga berpangkalan di Amsterdam dan kemungkinan beliau akan meneruskan projek Prologue ini, di mana Krafton juga akan melabur ke dalam syarikat itu dengan memiliki saham minoriti. Dalam kata lain, walaupun selepas berpisah, Greene dan Krafton nampaknya tetap akan bekerjasama dengan rapat.

Peninggalan Greene dari Krafton juga kemungkinan besar menjadi punca mengapa PUBG telah menukar judul rasminya kepada PUBG: Battlegrounds baru-baru ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Trailer Prolog Penuh Aksi Dan Gameplay Teknologi 'Braindance' Baru Cyberpunk 2077 Diperlihatkan

CDPR Masih Sasarkan Pelancaran Cyberpunk 2077, The Witcher 3 Versi PS5 Tahun Ini, Tapi Tak Janji

Game Percuma PlayStation Plus September 2021 – Overcooked! All You Can EatHitman 2, Predator: Hunting Grounds