Game fighting-platformer keluaran Ubisoft, Brawlhalla telah diumumkan akan dilancarkan ke iOS dan Android pada Ogos ini.
Berita ini didedahkan semasa Ubisoft Forward yang berlangsung awal pagi tadi. Dalam trailer yang diperlihatkan, ia turut mengumumkan sokongan fungsi cross-play dengan kesemua platform sedia iaitu PC, PS4, Xbox dan Switch.
Seperti di semua platform lain, Brawlhalla akan dilancarkan secara percuma juga di mobile.
Korang sudah boleh melakukan pra-pendaftaran untuk iOS di sini, dan Android di sini. Satu skin percuma akan dihadiahkan kepada korang yang pra-daftar.
Comments
Loading…