in , , , ,

Bos Xbox Mahu Call Of Duty Hadir Ke Nintendo Switch

Xbox mahu menjadikan Call of Duty seperti Minecraft di mana ia hadir di setiap platform termasuk Nintendo Switch.

Semasa WSJ Live, lapor Tom Warren, Ketua Xbox, Phil Spencer telah menyatakan bahawa beliau mahu melihat Call of Duty di setiap platform termasuk Nintendo Switch.

Bercakap mengenai pembelian Microsoft ke atas Activision Blizzard, Spencer berkata beliau mahu mengekalkan Call of Duty di PlayStation dan dalam masa yang sama ingin membawakannya ke Nintendo Switch.

Phil Spencer menganggap Call of Duty seperti Minecraft di mana pemain boleh bermain di mana-mana platform termasuklah Nintendo Switch.

Beliau juga menyatakan bahawa pembelian Activision Blizzard adalah lebih tentang mobile game, berbanding Call of Duty.

Spencer berkata ini peluang untuk pihaknya memasuki pasaran mobile game, di mana daripada 3 billion orang yang bermain game, hanya 200 juta orang yang memiliki konsol di rumah.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply
  1. Reading your article helped me a lot and I agree with you. But I still have some doubts, can you clarify for me? I’ll keep an eye out for your answers.

JomKomen!

Loading…

0

Jaga-Jaga! Spoiler God of War Ragnarok Dah Bersepah Di Internet!

PlayStation London Studio Sedang Bikin Game Aksi Co-Op Berlatarbelakangkan Fantasi UK