in

Bosan Dengan Pembangun Lain Yang Bawakan Battle Royale Punca Bethesda Tak Berminat Dengan Genre Ini

Game battle royale? Nope.

Populariti game battle royale kian hari kian meningkat dengan game seperti PUBG dan Fortnite. Malah, ia menjadi satu trend atau kewajipan bagi pembangun-pembangun video game yang lain untuk meniru idea yang sama. Tapi tidak bagi Bethesda.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Global Bethesda, Pete Hines baru-baru ini menjelaskan kenapa syarikat itu tidak akan menghasilkan game battle royale.

Hines menjelaskan tentang apa yang beliau lihat atau cari dalam sesebuah game itu. Beliau dengan terang mengatakan Bethesda tidak mahu meniru apa yang pesaing-pesaing mereka lakukan di luar pasaran sana.

Hines berkata kepada GamesRadar, “Jika bunyinya menarik, jika ia adalah sesuatu yang dapat menarik minat pembangun kami, sesuatu yang unik dan berbeza, cuba untuk melakukan sesuatu yang baru. Itu yang saya akan utamakan.”

Pete Hines, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Global Bethesda

Pete Hines mengisytiharkan bahawa Bethesda sudah mampu untuk menjadikan syarikatnya sebagai salah satu pelopor dalam industri video game dengan memfokuskan sepenuhnya kepada projek-projek yang mempunyai gaya dan unik mereka tersendiri dan tidak meniru apa yang pesaing-pesaing lain lakukan.

Malah, beliau juga menyebut tentang bagaimana beliau rasa bosan dengan studio-studio lain yang memperkenalkan game battle royale.

“Ianya macam ‘Jika mereka lakukan ini, kita juga patut lakukan benda yang sama’ Saya tak tahan. ‘Hei, ini game battle royale terbaru dari kami.’ Tidak, terima kasih sahaja. Kami tidak berminat. Itu bukan diri kami di Bethesda, bukan itu caranya untuk kami sampai ke tahap sekarang ini selama lebih dari 30 tahun. Secara jujurnya, saya rasa pembangun kami lebih mengetahui daripada berkata ‘Oh, kami akan tiru saja apa yang orang lain buat.'”

Ada pembaca JomGaming yang senada dengan beliau? Dah mula bosan dengan genre battle royale? Komen sikit di bawah.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kerajaan Perak Mahu Ketengahkan Potensi Esports, Rancang Kejohanan Esports Di Ipoh

Epic Sedang Rancang Matchmaking Baru Dalam Fortnite Yang Pasangkan Pemain Ikut Controller Atau Keyboard/Mouse