in , ,

Bos Xbox, Phil Spencer Kata Pengambil-Alihan Studio Adalah Sesuatu Yang ‘Sihat Dan Semula Jadi’

Sejak dua menjak ini Sony dan Microsoft semakin rancak dalam membeli studio-studio pembangun game bagi masing-masing memperkuat PlayStation Studios dan Xbox Game Studios.

Antara yang terbaharu adalah pengambil-alihan Nixxes Software dan Housemarque oleh Sony, serta tentunya kejutan terbesar adalah pembelian Bethesda oleh Microsoft — sehingga ramai melabel ‘perang dingin’ pengambil-alihan studio sedang berlaku antara Sony dan Microsoft.

Sesetengah pemain dan pemerhati industri gaming berpendapat yang kerancakan pembelian studio-studio ini akan memberi kesan buruk kepada industri itu sendiri. Namun, bos Xbox, Phil Spencer merasakan sebaliknya.

Ketika bercakap kepada IGN (via VGC), Spencer menyatakan bahawa pengambil-alihan studio-studio ini adalah sesuatu yang ‘sihat dan semula jadi’ untuk industri ini, terutamanya kepada beberapa pembangun bebas (indie) yang menerima sokongan kewangan untuk mereka terus beroperasi, serta membantu mereka untuk terus bergerak ke hadapan.

“Kadang-kala saya nampak dialog dalam industri tentang sama ada pengambil-alihan adalah sesuatu yang bagus atau tidak,” kata Spencer. “Dan saya nampak Sony baru mengumumkan beberapa pengambil-alihan — saya ucap tahniah kepada mereka untuk itu — dan saya faham terhadap sesetengah sentimen dari komuniti mengenai sama ada ia sesuatu yang bagus atau tidak apabila pengambil-alihan berlaku.”

“Tapi satu yang saya ingin tekankan di sini, memulakan studio baharu, memulakan apa-apa perniagaan kecil, sejujurnya, adalah satu langkah yang sangat berisiko, memulakan studio video game malah lebih lagi. Dan sekiranya satu pasukan benar-benar mengambil risiko untuk memulakan sebuah syarikat baharu, memulakan sebuah studio, membinanya selama bertahun, membina nilai ke dalamnya, untuk mengatakan mereka tidak patut menjualnya saya fikir adalah salah”.

“Bukanlah bermaksud semua pasukan perlu akhirnya menjual studio mereka tapi saya fikir ia sebahagian yang semula jadi dan sihat dalam industri kita yang sesetengah pasukan akan memulakan sebuah studio — ramai yang akan gagal, kita tahu kebanyakan perniagaan kecil akan gagal, sama ada ianya berkaitan video game atau apa-apa sahaja — tapi mereka yang telah berjaya melalui perjalanan penuh liku, untuk mencapai ke satu tahap untuk mencipta nilai, saya akan sentiasa mengucapkan tahniah apabila mereka sedar tentang nilai itu melalui pengambil-alihan.”

Sony dan Microsoft dijangka akan terus membeli studio-studio kecil lain, malah mungkin akan menjalinkan kerjasama-kerjasama bersama syarikat lain seperti apa yang Sony lakukan bersama Discord, serta khabar angin yang sedang hangat tentang kerjasama Xbox dengan Kojima.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Apex Legends Mainkan Plot Twist Dalam Memperkenalkan Legend Baru Untuk Season 4

Apex Legends Digodam Oleh Penggodam Yang Tak Puas Hati Titanfall Digodam

PES 2021 Season Update: Boleh Beli or Boleh Blah!?

PES 2022 Mungkin Akan Menjadi Game Percuma, Konami Bawakan Perubahan Besar, Menurut Laporan