Ketua Xbox Phil Spencer percaya bahawa PlayStation sedang cuba untuk mengekalkan dominasinya dalam pasaran konsol dengan menjadikan “Xbox lebih kecil” dan bantahannya terhadap pengambil-alihan Activision Blizzard.
Beliau berkata begitu semasa sesi temubual podcast di Second Request di mana Phil Spencer bersama hos lain membincangkan tentang isu pengambil-alihan tersebut.

Phil Spencer berkata Sony mempunyai pandangan yang berbeza mengenai industri ini berbanding pihaknya. Pihak Sony tidak pasarkan game mereka di PC pada tarikh pelancaran dan Sony tidak meletakkan game mereka dalam langganan Game Pass semasa pelancaran.
Spencer mendakwa Sony sedang menerajui suara-suara terhadap bantahan ke atas pengambil-alihan Activision Blizzard. Sony sedang cuba untuk melindungi “posisi dominannya dalam pasaran konsol” dengan merampas Call of Duty.

“Pencipta konsol terbesar di dunia sedang menaikkan suara bantahan terhadap salah satu francais yang mana pihak kami akan tetap pasarkan ke platform lain. Ianya adalah perjanjian yang menguntungkan pembeli dari segi pilihan dan akses,” kata Phil Spencer.
Microsoft juga bersetuju dengan perjanjian 10 tahun untuk membawakan Call of Duty ke Nintendo jika pengambil-alihan Activision Blizzard berjaya.
Dalam post di Twitter rasmi Phil Spencer, beliau mengumumkan pada awal minggu ini bahawa syarikatnya akan terus komited untuk mengeluarkan Call of Duty ke platform lain, dengan versi Steam dikeluarkan serentak bersama versi Xbox.
Comments
Loading…