in , , ,

Bos Xbox Kata Peratusan Konsol Semakin Mengecil Dalam Keseluruhan Ruang Gaming

Ketua Xbox, Phil Spencer merasakan bahawa gaming di konsol kian menjadi peratusan yang semakin mengecil dalam keseluruhan ruang gaming yang ada di dunia ketika ini.

Bercakap kepada The Guardian tentang Microsoft dilabel sebagai pesaing utama Sony, Spencer berkata yang terdapat kira-kira 3 billion gamer di seluruh dunia, tetapi hanya sekitar 200 juta rumah yang memiliki konsol game.

Beliau menegaskan bahawa mereka yang masih lagi terperangkap dalam perang konsol ini adalah mereka yang ketinggalan zaman.

“Saya rasakan orang ramai yang suka melagakan kami dengan Sony berdasarkan siapa yang berjaya menjual lebih banyak konsol telah kehilangan konteks apa sebenarnya gaming pada hari ini,” ujar Spencer. “

“Saya suka bersaing dengan Sony dan Nintendo kerana saya tahu kenapa mereka berada dalam bisnes ini, dan mereka telah wujud selama berdekad lamanya. Dan ya, kami akan bersaing macam nak gila, tapi kami juga mengerti bahawa ia adalah tentang menghasilkan game yang bagus untuk orang ramai mainkannya.”

Selain itu, Spencer turut mendedahkan yang Microsoft tidak lagi akan bercakap tentang jualan konsol dan berapa banyak unit Xbox terjual. Beliau mengatakan yang syarikat itu kini fokus terhadap meningkatkan bilangan pemain mereka merentasi Xbox dan PC.

“Kami akan mendedahkan secara umum bilangan pemain. Itu yang saya mahu kami fokuskan, bukan berapa banyak keping plastik yang kami jual.”

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

HeavyArm Store Buka Deposit Kelompok Kedua PS5, Dijangka Hadir Pada Hujung Januari 2021

Gamers Hideout Dilaporkan Meminta Pekerja Cuti Tanpa Gaji Semasa PKP

Sony Malaysia Ambil Tindakan Terhadap Pra-Tempah PS5, Gamers Hideout Mohon Maaf, Janji Tukar Tawaran