in , ,

Bos Xbox Beri Petanda Elder Scrolls 6 Mungkin Takkan Dilancarkan Ke PlayStation

Semasa Microsoft mengumumkan pengambil-alihan ZeniMax, syarikat induk kepada Bethesda, persoalan paling utama yang bermain dalam fikiran peminat ialah apakah kesemua game Bethesda selepas ini hanya akan dilancarkan ke Xbox dan PC?

Bos Xbox, Phil Spencer mungkin telah memberikan gambaran tentang perancangan mereka mengenai hal ini ketika bercakap kepada Kotaku baru-baru ini.

Wakil Kotaku, Stephen Totilo telah mengajukan soalan yang berbunyi, “Adakah mampu untuk memulangkan semula modal pelaburan USD7.5 billion [pembelian ZeniMax] sekiranya Elder Scrolls 6 tidak terjual di PlayStation?”

Spencer menjawab, “ya”, kemudian menyambung lagi, “pengambil-alihan ini bukan dilakukan untuk merampas game-game dari komuniti pemain lain seperti itu. Kami mahu lebih ramai orang bermain game, bukan semakin kurang orang berpeluang bermain game.”

Kenyataan ini kelihatan seperti biasa sahaja, namun apa yang dikatakannya lagi selepas itu mungkin akan merisaukan pemain PlayStation. Spencer menyambung:

“Apabila saya fikir tentang di mana orang akan bermain dan bilangan peranti yang kami ada, dan kami ada xCloud dan PC dan Game Pass dan komuniti konsol, saya tak perlu jual game-game itu di platform lain selain platform-platform yang kami sokong untuk membuatkan pengambil-alihan itu berbaloi.”

Senang cerita, walaupun melalui pelancaran game-game Bethesda seterusnya ke PlayStation akan menguntungkan mereka, Xbox nampaknya lebih selesa untuk mengeluarkannya hanya di platform-platform yang mereka sokong.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Padamkan Tanda “Hujung Tahun 2020” Dari Laman Web Rasmi PS5 Untuk Malaysia

Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital

Sony Respon Tentang PS5 Di Malaysia: “Akan Umumkan Tarikh, Harga Apabila Kami Bersedia”