in ,

Bos Sony Tak Berani Kata God of War: Ragnarok Hanya Eksklusif Untuk PS5

God of War: Ragnarok akan dilancarkan juga ke PS4 atau eksklusif hanya untuk PS5? Sony masih belum berani untuk jawab persoalan ini.

Ketika bercakap kepada Telegraph, ketua PlayStation, Jim Ryan telah ditanyakan adakah God of War: Ragnarok merupakan sebuah game yang eksklusif untuk PS5. Ryan hanya menjawab ringkas: “Maaf. Saya tiada apa boleh kata mengenai itu pada hari ini.”

Melihat jawapan ini, Sony dan Santa Monica nampaknya masih belum memutuskan sama ada sekuel ini akan dilancarkan di kedua-dua PS4 dan PS5 atau hanya eksklusif untuk PS5.

Perkara ini sememangnya menjadi bualan hangat para peminat setia PlayStation kerana sekuel Horizon Zero Dawn, iaitu Horizon Forbidden West serta sekuel Marvel’s Spider-Man, iaitu Marvel’s Spider-Man: Miles Morales pada asalnya diumumkan sebagai sebuah game eksklusif PS5. Namun, game-game tersebut kemudian mengumumkan versi PS4 turut hadir apabila ia dilancarkan.

September lalu, Santa Monica telah mengacah sekuel kepada God of War (2018) buat pertama kali. Secara teknikalnya, kita belum mengetahui apakah judul rasmi game tersebut kerana mereka hanya menyatakan “Ragnarok is coming”, serta mengatakan yang ia bakal hadir pada 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Antara Bonus Pra-Tempah Cyberpunk 2077 - Korang Dapat 8 Lencana Berjahit Termasuk 7 Logo Gang

Cyberpunk 2077 Paparkan Gameplay Untuk Konsol Buat Kali Pertama

Last of Us 2, Hades, Ghost of Tsushima Mendominasi Pencalonan The Game Awards