Menu
in , ,

Bos Sony Sahkan Nixxes Akan Bawa Lebih Banyak Game PlayStation Ke PC

Bulan lalu, Sony mengumumkan yang mereka telah mengambil-alih Nixxes Software. Walaupun ketika itu Sony tidaklah menyatakan secara jelas apakah fungsi studio tersebut dalam perancangan masa hadapan mereka, ramai menjangkakan yang kepakaran Nixxes akan digunakan untuk membawa lebih banyak game PlayStation ke platform PC.

Ternyata jangkaan ramai itu adalah tepat apabila Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan telah mengesahkan bahawa studio yang berpangkalan di Belanda itu kini sedang mengusahakan untuk membawa beberapa game PlayStation ke PC.

Perkara ini didedahkan Ryan dalam satu temu bual bersama Famitsu (terjemahan oleh VGC).

“PlayStation kini gembira berada dalam fasa awal untuk membawa hak intelek (IP) kami ke PC, dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan Nixxes bagi membantu kami melakukannya,” ujar Ryan.

Awal Julai lalu, Sony menyatakan yang Nixxes akan ‘menyediakan keupayaan teknikal dan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam syarikat untuk PlayStation Studios’.

Antara projek yang Nixxes pernah terlibat sebelum ini adalah Shadow of the Tomb Raider, Rise of the Tomb Raider, Tomb Raider, Deus Ex: Mankind Divided, dan Marvel’s Avengers.

Sony belum lagi mendedahkan apakah game PlayStation seterusnya yang akan dilancarkan ke PC. Korang mahukan game apa terlebih dulu untuk dimainkan di PC?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version