in ,

Bos PlayStation Kata Kini Lebih Senang Untuk Beli PS5

Sejak PlayStation 5 dilancarkan ketika pandemik COVID-19 sedang memuncak, isu kekurangan stok sentiasa menjadi masalah sehingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun, menurut Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan, masalah tersebut kelihatan sudah menunjukkan tanda positif.

“Semua orang yang inginkan sebuah PS5 sepatutnya kini lebih mudah untuk mencarinya di kedai-kedai seluruh dunia bermula sekarang,” kata Ryan ketika bercakap di CES 2023, lapor CNET.

Kenyataan Ryan ini mungkin sebenarnya memberikan bayangan bahawa kekurangan stok PS5 akan ditambahbaik secara berperingkat bermula tahun ini. Hal ini kerana melalui pemerhatian kami, stok PS5 di kedai-kedai rasmi Sony tempatan masih lagi belum mencukupi.

Kita masih belum boleh datang ke kedai-kedai ini dan terus mendapatkan sebuah PS5, sebaliknya kita masih perlu diletakkan dalam senarai menunggu (bergantung kepada bagaimana setiap kedai mengedarkan stok bulanan mereka).

Bagaimana pula dengan korang? Adakah kedai-kedai berdekatan korang sudah memiliki stok PS5?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bos Naughty Dog Sahkan “Banyak Perkara” Untuk 2023, Tapi Minta Hati-Hati Dengan Laporan Palsu

Sony Umum Project Leonardo – Controller Untuk Gamer OKU