Naughty Dog sememengnya sebuah studio yang amat sibuk pada ketika ini.
Terdapat banyak laporan mengenai apakah projek yang mereka sedang bangunkan — ada yang mereka sendiri sudah sahkan, ada yang masih menjadi khabar angin.
Terkini, dalam satu ucapan selamat tahun baharu, Presiden-Bersama Naughty Dog, Neil Druckmann telah mengesahkan yang studio itu akan menampilkan “banyak perkara menarik” pada tahun 2023.
Apa yang lebih menarik adalah beliau turut meminta para peminat untuk berhati-berhati dengan laporan “orang dalam (insider)” kerana kebanyakan daripada laporan yang telah disebarkan adalah palsu.
Tentunya Druckmann tidak menyatakan secara spesifik apakah laporan yang sahih dan sebaliknya. Sehingga sebarang pengumuman rasmi, kita hanya boleh berteka-teki.
Buat masa ini, antara projek Naughty Dog yang telah disahkan secara rasmi adalah siri TV HBO The Last of Us yang akan bermula 16 Januari ini , pelancaran The Last of Us Part I ke PC pada Mac, dan game multiplayer The Last of Us yang masih belum ada tarikh pelancaran.
Selain itu, antara projek lain yang masih menjadi khabar angin adalah game ketiga The Last of Us dan reboot siri Uncharted yang dikatakan sedang dibangunkan oleh studio lain.
Comments
Loading…