Menu
in , ,

Bos Epic Games Kata SSD PS5 ‘Jauh Lebih Bagus Daripada High-End PC’, ‘Tahap Dewa’

Selepas memperlihatkan apa yang PS5 mampu lakukan dalam Unreal Engine 5, CEO Epic Games, Tim Sweeney telah bercakap bersama IGN bagi menerangkan lebih lanjut tentang demonstrasi teknikal yang telah dipersembahkan.

Ketika ditanya apakah teknologi yang terdapat dalam PS5 yang membenarkan Unreal Engine 5 dapat berfungsi sebegini hebat, Sweeney menjawab ia disebabkan oleh sistem storannya, iaitu menggunakan SSD, yang membuatkan konsol ini benar-benar berkuasa.

Beliau menegaskan bahawa seni bina storan dalam PS5 adalah jauh lebih baik daripada solusi SSD terbaik yang kita boleh beli di PC pada hari ini. “Dan ia sangat mengujakan melihat pasaran konsol sedang menolak pasaran high-end PC ke hadapan melalui cara ini,” kata Sweeney.

Ketika bercakap kepada Eurogamer pula, Sweeney mengatakan sesuatu yang sama. “Ia mempuyai sistem storan ‘tahap-dewa yang mana jauh lebih baik daripada PC.”

Kata-kata beliau ini pastinya senada dengan apa yang didedahkan Sony dalam acara pada Mac lalu yang berkongsikan mengenai sistem seni bina PS5. Sony mendedahkan bahawa SSD di PS5 akan mensasarkan sekurang-kurangnya 5GB per saat dari segi bandwidth. Sebagai perbandingan, HDD dalam PS4 pada ketika ini hanya mampu menggapai data kira-kira 50MB hingga 100MB per saat.

Kalau korang masih belum saksikan demonstrasi teknikal Unreal Engine 5 yang diperlihatkan Epic Games beberapa hari lalu, korang boleh tontonnya di sini.

PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version