in , , , , ,

Borderlands: Game of the Year Edition Mungkin Akan Dikeluarkan Untuk PC, PS4 Dan Xbox One

Rindukan game RPG shooter ini?

Borderlands: Game of the Year Edition kemungkinan akan dikeluarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One. Ia berkemungkinan adalah remaster kepada game Borderlands yang pertama yang dilancarkan pada tahun 2009 di PC, PS3 dan Xbox 360.

Menurut laporan Gematsu, Korean Game Ratings Board telah meletakkan rating untuk game ini. Walau bagaimanapun, ia masih belum diumumkan secara rasmi. Mungkinkah ia akan diumumkan semasa E3 ini?

Sekiranya laporan ini benar, ia menandakan pertama kali Borderlands yang pertama dilancarkan semula. Borderlands 2 dan Borderlands: The Pre-Sequel pernah dikeluarkan dalam bentuk remaster dalam Borderlands: The Handsome Collection pada tahun 2015.

Apa kata korang? Teruja dengan pelancaran semula Borderlands yang pertama ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield V: Antara Mode Terbaru Adalah Pemain Melakukan Payung Terjun Secara Beramai-Ramai

Saksikan Childish Gambino ‘This is America’ Dicipta Semula Dalam Fortnite