Terdapat banyak mod yang telah dihasilkan oleh peminat tegar game Doom demi memastikan ia terus hidup, tidak lapuk ditelan zaman. Namun, ada satu mod yang dicipta khas dengan memasukkan elemen loot shooter Borderlands 3 ke dalam Doom.

Border Doom yang dihasilkan oleh modder Sunbeam telah mengubah game Doom menjadi seperti Borderlands 3 yang mempunyai elemen loot shooter. Secara dasarnya, setiap senjata atau item yang jatuh dari tangan musuh mempunyai statistik yang berbeza. Jika pemain mengambil shotgun, senjata itu akan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri dari segi ketepatan menembak, damage output, berapa besar saiz magazin dan nilai loot.

Malah, perisai juga mempunyai jumlah kapasiti tersendiri dan berapa lama ia diperlukan untuk mengecas semula. Musuh dalam Doom juga telah diubahsuai dengan mempunyai level cap tersendiri dan berapa banyak nyawa yang mereka ada.

Korang boleh baca maklumat lebih lanjut di forum ZDoom.

Sumber: PC Gamer

JomKomen!