in

Boleh Jadi The Witcher Seterusnya Akan Fokus Kepada Kisah Ciri, Acah Penulis CD Projekt Red

The Witcher 3: Wild Hunt telah menutup kisahnya dengan begitu indah sekali. Namun, peminat tetap mahukan francais itu lagi kerana cukup yakin apa yang disajikan oleh CD Projekt Red pastinya berkualiti.

Pada Mac lalu, CDPR telah mengesahkan bahawa selepas pelancaran Cyberpunk 2077, mereka akan kembali ke dunia The Witcher, membangunkan sebuah game baharu berdasarkan kisah epik-fantasi itu. CDPR mengatakan yang game ini bukanlah sekuel kepada The Witcher 3 ataupun digelar The Witcher 4, sebaliknya ia merupakan game lain, tetapi tetap dari universe The Witcher.

Ini sekaligus membuatkan peminat sedikit runsing kerana kita mungkin tidak akan bertemu semula dengan watak-watak The Witcher kegemaran sebelum ini seperti Geralt atau Ciri.

Terbaharu, ketika bercakap bersama VG247, penulis The Witcher 3, Jakub Szamałek telah memberikan kita sedikit sinar harapan untuk melihat watak kegemaran kita ini semua untuk kembali.

Semasa diajukan soalan tentang apakah Ciri akan menjadi watak protagonis utama dalam The Witcher seterusnya, ini jawapan beliau:

“Soalan yang menarik. Nak ke kamu bermain sebuah game dengan Ciri sebagai karakter utama?”

“Saya menyesal kami tidak berpeluang untuk mendalami kisah silam Ciri lebih banyak. Dia ialah satu karakter yang sangat kaya dan kompleks.”

“Disebabkan punca yang ketara — ya, dia boleh dikatakan menghilang dalam dua per tiga dalam game — dia tidak mendapat waktu tayang (screen time) yang banyak seperti mana yang kami penulis sukakan. Tapi, hey, mungkin ia sesuatu yang kami akan kembali kepadanya pada masa akan datang.”

Selepas berkata begini, ia pastinya membuatkan kita semua semakin tidak sabar menantikan game The Witcher seterusnya keluaran CD Projekt Red. Sekiranya mereka benar-benar akan menaikkan Ciri sebagai watak utama, ia bakal menjadi sebuah game yang cukup menarik!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

State of Play PlayStation Seterusnya Dedikasikan Khas Untuk Gameplay Baru The Last of Us Part II

Dah Boleh Download Sekarang, Call of Duty: WWII Kini Percuma Untuk PlayStation Plus