in ,

BoBoiBoy: Power Spheres: Game Mobile Yang Dibangunkan Oleh 3 Buah Negara

Demam Boboiboy: The Movie masih lagi sedang hangat dirasai di pawagam seluruh negara. Kini, game mobile untuk Boboiboy telah dibangunkan!

8cffdee28

Boboiboy: The Movie telah memecahkan pawagam tempatan dengan kutipan yang sangat memberangsangkan. Beberapa hari lepas, Animonsta Studios telah mengumumkan bahawa mereka telah mengutip RM10 juta untuk filem animasi ini.

Kini, tiga buah negara; Malaysia, Indonesia dan Hong Kong telah membangunkan game mobile untuk Boboiboy. Ia dibangunkan oleh Alkemis Games; sebuah studio untuk game mobile di Indonesia, diterbitkan oleh 8elements; sebuah syarikat penerbit game berpangkalan di Hong Kong, dan semestinya, game ini mendapat lesen dari Animonsta Studios, dari Malaysia.

Game yang diberi nama BoBoiBoy: Power Spheres, sebuah game mobile yang membenarkan para pemain untuk bermain sebagai karakter utama (Boboiboy), menempuh 100 level yang menarik, dalam usaha menyelamatkan Ochobot dari kuasa jahat. Game split-screen ini menggabungkan gameplay Match 3 Puzzle dan elemen aksi yang memberi cabaran kepada skil penyelesaian masalah dan kepantasan pemain.

Game ini menyokong beberapa bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Cina, Thai, Vietnam dan Inggeris.

Kata CEO 8elements Asia Pacific Ltd, “kami merancang untuk mencapai 1 juta peminat menjelang akhir April. Ini adalah matlamat yang sangat bercita-cita tinggi, namun kami percaya dengan IP dan filem, serta jenama BoBoiBoy dan peminat global untuk mencapai matlamat tersebut.”

screen322x572

Terima kasih, Kr8tif Express.

Anda sudah boleh muat turun BoBoiBoy: Power Spheres melalui Android di sini dan melalui iOS di sini.

JomBaca: Fantasy Mage: Indie Game Dari Developer Anak Watan!

JomBaca: Fantasy Mage: Boleh Beli Or Boleh Blah?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Uncharted 4 Kini Sudah Siap Di-Develop, Sudahkah Anda Bersedia?

Bila Abah Review PS+: Broforce