in ,

Bloomberg Menjangkakan PS5 Edisi Digital Akan Lebih Murah Daripada RM1,652

Kurang dua hari dari sekarang, kita kemungkinan besar bakal mengetahui berapakah harga pasaran untuk PlayStation 5. Walaupun Sony tidak menyatakannya secara spesifik, acara khas PS5 yang akan berlangsung pada awal pagi Khamis mustahil tidak akan mendedahkannya.

Menjelang acara tersebut, penganalisis semakin rancak meramalkan berapakah harga yang bakal diumumkan Sony. Antara yang terkini, Bloomberg telah menjangkakan PS5 edisi digital akan dijual pada harga kurang daripada USD400 (sekitar RM1,652). Manakala untuk PS5 edisi standard pula, mereka menjangkakan yang ia akan berharga USD449 (sekitar RM1,854).

PS5 edisi digital dan edisi standard menampilkan spesifikasi yang sama, membezakannya hanyalah kehadiran disk drive.

Selain itu, Bloomberg turut melaporkan bahawa Sony telah memotong produksi jangkaan PS5 sebanyak 4 juta unit untuk tahun fiskal ketika ini. Sony dikatakan hanya akan mengeluarkan 11 juta unit PS5 dalam setahun ini kerana timbul beberapa isu berkait produksi dengan cip rekaan khas untuk konsol tersebut.

Apa pun laporan tentang jangkaan harga PS5, segalanya bakal terjawab pada awal pagi Khamis ini.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
IKEA Umum Kerjasama Dengan ASUS ROG Untuk Perabot Gaming Berpatutan

IKEA Umum Kerjasama Dengan ASUS ROG Untuk Perabot Gaming Berpatutan

Kejohanan Rasmi Call of Duty Akan Berpindah Ke PC Pada 2021, Tapi Tetap Guna Controller

Kejohanan Rasmi Call of Duty Akan Berpindah Ke PC Pada 2021, Tapi Tetap Guna Controller