Bloodstained: Ritual of the Night adalah game terbaru bergenre Metroidvania untuk tahun 2019. Ia boleh dikatakan siri ‘spiritual successor’ kepada siri popular, Castlevania. Ia juga diasaskan oleh Koji Igarashi yang mana terkenal dengan producer Castlevania: Symphony of the Night sehingga ke Order of Ecclessia. Koji Igarashi keluar dari Konami tahun 2014 kerana dia tidak suka dengan hala tuju syarikat Konami pada masa kini.

Bloodstained: Ritual of the Night menceritakan tentang Miriam, seorang anak yatim diambil oleh para Alchemist untuk membuat satu eksperimen untuk meletakan satu kuasa dalam tubuh dia yang dipanggil “shards” untuk membolehkan mengunakan kuasa luar biasa yang digelar “Shardbinder” tetapi ada balasannya — setiap penggunaan kuasa tu lama-kelamaan tuan badan sendiri akan menjadi kristal di seluruh tubuh.

Disebabkan itu, Miriam mencari balik para Alchemist tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara dan terjumpa lagi seorang “Shardbinder” bernama Gebel tetapi bezanya dengan Miriam adalah Gebel dikawal oleh demon bernama Gremory dmana rancangan beliau adalah untuk menubuhkan kubu untuk menakhluk atas Bumi ini. Seperti biasa, Miriam beraksi untuk menghentikan rancangan mereka daripada terlaksana.

Bloodstained: Ritual of the Night mengamalkan sistem exploration 2.5D dimana pemain mengawal watak dengan gerakan 2D tetapi graphic dikekalkan dengan 3D. Dalam pengembaraan pemain akan mencari item, belasah demons (musuh dalam game ini), beserta menyelesaikan beberapa puzzle yang terdapat dalam game ini.

GAME CANTIK TERAMAT, MAIN DENGAN PENUH SMOOTH

Ya, Bloodstained: Ritual of the Night mengamalkan graphic campuran 3D beserta lukisan tangan dan hasilnya memang CUN MELECUN! Dengan grafik yang teramat cantik ini, tambahan pula dengan frame-rate yang sentiasa locked di 60fps, 99 peratus setiap masa, anda pasti seronok bermain Bloodstained: Ritual of the Night.

Ini juga mempengaruhi dari segi gameplay di mana anda boleh nampak watak memakai aksesori yang timbul di skrin, rupa musuh yang pelbagai saiz dan variasi, dan tidak lupa bentuk serangan seperti api, air, elektrik, asap dengan jelas sekali. GUARANTEE anda akan screenshot setiap kali masuk level baru dan juga dan share di laman sosial.

MUZIK DIA, MENUSUK KALBU

Bagi pemain yang pernah bermain siri Castlevania terdahulu, satu trademark yang orang ingat tentang siri tersebut adalah muzic. Bloodstained: Ritual of the Night tidak terlepas dalam aspek ini. Terus terang, ada beberapa orang bermain siri ini semata-mata untuk dengar muziknya sahaja. Ia disebabkan komposer game ini adalah sama dalam siri Castlevania, Michiru Yamane. Muzik dari Bloodstained: Ritual of the Night mempunyai pelbagai jenis genre muzik dalam game ini seperti rock, jazz, organ, piano, malah berbentuk orkestra pun ada dibawa masuk.

Setiap muzik dipasangkan mengikut level mana pemain duduk, situasi macam jumpa boss, tempat jual beli dan buat barang, dan macam-macam lagi dan ianya mengimplementasi dengan cukup baik. Penulis pasti mesti ada orang yang hanya duduk di satu level itu saja semata-mata untuk mendengar muziknya.

BANYAK BENDA BOLEH BUAT. APA KORANG NAK BUAT LANTAK LAH

Seperti genre Metroidvania yang lain, Bloodstained: Ritual of the Night menggalakkan pemain meneroka setiap tempat yang ada dalam game ini dan bereksperimen sendiri macam nama untuk menempuh cabaran. Sebagai contoh, dalam perjalanan anda tiba-tiba ada terjumpa platform yang anda tidak boleh capai dengan cara biasa, itu menunjukkan bahawa anda perlukan abiliti atau item untuk capai platform tersebut atau mencari jalan lain sehingga anda jumpa jalan untuk capai platform tersebut. Seperti biasa untuk game macam ini, game ini tidak memberi klu secara direct.

BOLEH MAKE-UP

Bloodstained: Ritual of the Night mengamalkan make-up di mana ianya ada kesan dalam gameplay anda. Setiap aksesori yang terjumpa dalam game tu boleh dipakai dan akan dipaparkan dalam game. Disebabkan ada aksesori yang ‘wajib’ dipakai untuk melepaskan sesetengah halangan, anda boleh melihat efek tersebut dalam game. Sekaligus memberikan pemain membuat ‘waifu’ dalam game ini.

PEPIJAT OH PEPIJAT

Seperti biasa pepijat memang tidak lari dalam semua game yang ada dalam pasaran. Tapi malangnya Bloodstained: Ritual of the Night terjebak dengan isu ini dan ianya adalah isu yang korang tidak patut pandang remeh temeh. Bagi orang yang beli game ini secara fizikal, anda perlulah mengemaskini game itu terlebih dahulu sebelum bermulanya main game ini.

Ini kerana jika anda main sebelum update dan load balik game itu dengan patch baru, anda akan mengalami situasi ‘game-breaking glitch’ di mana anda tidak boleh maju ke hadapan sebab ada item yang terdapat dalam treasure chest yang penting dalam game tidak boleh diakses (Penulis kena restart balik dari mula dengan glitch ini. 6 JAM HILANG MACAM TU OI!).

GIT GUD. GAME INI TIDAK DISUAP SENDIRI

Bagi pemain yang baru kenal dengan siri ini, pemain ingin mengumumkan bahawa Bloodstained: Ritual of the Night bukan jenis game main suap setiap benda. Anda kalah boss banyak kali berturut-turut? Tidak tahu macam mana nak cari kelemahan musuh itu? Nak pakai cheat code? Maaf ya game ini tidak ditawarkan macam itu dan anda perlulah GIT GUD untuk melepaskan boss itu.

Tambahan pula untuk eksplorasi, game ini tidak memberi hint secara direct untuk pergi ke misi seterusnya. Jika anda terlepas pandang atau tidak menumpukan apa yang terjadi dalam game sepenuhnya, anda kenalah mencari sendiri sampai jumpa benda yang anda hendak cari itu atau mencari ‘archives’ dalam in game dan kalau la terdesak sangat tidak jumpa apa yang perlu anda buat, di internet.

Keputusan – BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

Bagi korang yang teringin bermain bergenre Metroidvania yang tulen di era moden ini, tidak perlu cakap banyak, anda jumpa game ini terus beli. Jangan banyak tanya. Untuk bukan peminat siri ini dan teringin bermain game genre 2-D action RPG untuk mengisi masa lapang dalam game katalog anda, Bloodstained: Ritual of the Night juga adalah sesuai untuk anda mencari kehendak citarasa anda.

Bagi orang millenials yang ingin merasa game stail zaman old-school pada zaman era moden ini, Bloodstained: Ritual of the Night juga adalah pilihan bijak untuk orang yang ingin merasa macam mana game zaman era dahulukala.

NOTA TAMBAHAN * Untuk pengetahuan korang, reviu ini adalah berdasarkan versi PS4, Xbox One, dan PC. Bagi yang anda pernah dengar berita dari luar, versi Nintendo Switch adalah berlainan dengan versi PS4, Xbox One, dan PC kerana pengalaman di versi Nintendo Switch mempunyai isu tersendiri yang tiada di platform lain.

+ Akhirnya ‘Castlevania’ yang sebenar dalam era moden
+ Grafik dan efek dia CANTIK MERECIK
+ Game berjalan dalam 60fps setiap masa
+ MUZIC DIA, MENUSUK KALBU
+ Pelbagai senjata yang ada dalam game ini, memberikan playstyle tersendiri dan unik
+ Halangan yang boleh tahan mencabar

Ada GAME-BREAKING glitch
Informasi yang ditawarkan dalam game ini terlalu kriptik
Tiada element suap setiap benda, pendeknya. GIT GUD.

JomKomen!