Bloodstained: Ritual of the Night, sebuah game yang diinspirasikan oleh Castlevania akan hadir ke Android and iOS menurut penerbit NetEase Games.
Pembangun ArtPlay telah mengumumkan bahawa Bloodstained: Ritual of the Night akan hadir ke Android dan iOS tidak lama lagi. Game itu akan boleh didapati secara muat turun berbayar untuk semua peranti mudah alih.
Versi mudah alih itu akan dilancarkan bersama dengan semua DLC yang ada pada versi konsol termasuklah lebih dari 120 jenis raksasa dan bos, 107 jenis senjata, dan 23 skill senjata. Versi ini juga akan didatangkan sekali dengan sistem achievement.
Pemain akan dapat melihat sedikit pengubahsuaian untuk memastikan ia boleh dimainkan pada skrin kecil. Kawalan dan kombo juga diubahsuai supaya pemain boleh bermain tanpa menggunakan controller. Begitu juga dengan UI yang mudah dibaca dan butang shortcut pada skrin yang memudahkan pemain untuk menukar senjata dan kelengkapan tanpa perlu membuka menu.
Sumber: VG247
Comments
Loading…