in , ,

Blood Moon: Genesis: Game Buatan 7 Pelajar Malaysia Yang Seumpama Dark Souls, Mainkan Percuma

Peminat siri Dark Souls pastinya akan tertarik dengan game ini. Lebih menarik ialah game ini merupakan pembikinan oleh tujuh pelajar tempatan, Project G, iaitu dari UOWM Creative.

Projek game yang diusahakan selama enam bulan ini diberi judul Blood Moon: Genesis. Menggunakan latar belakang fantasi zaman pertengahan Jepun, game ini boleh dikatakan mempunyai gameplay yang seumpama siri Dark Souls — memerlukan refleks yang pantas ketika mengawal Aiko untuk menumbangkan penjahat yang digelar Drunken Demon.

Paling menarik tentang game ialah kita semua boleh bermain game ini secara percuma di platform PC. Korang boleh muat-turunnya melalui pautan ini.

https://twitter.com/SwordsnFlowers/status/1254459787808395264?s=20

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

Rasmi: The Last of Us Part II Akan Dilancarkan Pada Jun, Ghost of Tsushima Pada Julai

Battlefield Seterusnya Disahkan Bakal Tiba Pada Tahun 2021 Untuk PS5 Dan Xbox Series X