There is no cow level. Itu semuanya cobaan.
Video dokumentari ini membincangkan segala liku-liku cabaran yang dihadapi developer serta desas-desus mengenai siri Diablo sejak ia diterbitkan 20 tahun dahulu. Diablo asalnya dirancangkan sebagai turn-based RPG, ianya kini telah menjadi salah sebuah siri action RPG yang paling ikonik.
Pelbagai aktiviti dan freebies telah disediakan oleh Blizzard sempena ulang tahun ini merangkumi game-game lain Heroes of the Storm, World of Warcraft, dan StarCraft 2.
Bagi pemilik-pemilik Diablo III pula, Blizzard akan mengeluarkan sebuah DLC percuma yang membenarkan pemain bermain semula siri asal Diablo, kisah bermulanya segala kemusnahan!
Selamat ulang tahun Diablo!
Comments
Loading…