Masih ramai pemain Malaysia gagal untuk login ke Battle.net selepas serangan DDoS ke atas server Blizzard semalam walaupun khabarnya sudah diselesaikan. Kenapa!?

Selepas Blizzard mengatakan mereka sudah mengatasi masalah server yang terkena DDOS hampir sepanjang hari semalam, masih ramai player yang gagal untuk login termasuklah game Overwatch, Starcraft, Destiny 2 (PC) dan World of Warcraft.

Salah seorang dari pihak Blizzard mengatakan yang TM Net *ehermUnipaieherm* adalah punca yang menyebabkan sesiapa yang menggunakan talian ini masih mendapat error code. Ada juga pemain yang mencuba dengan menggunakan hotspot Maxis dan Digi dan dapat bermain tanpa masalah.

Blizzard menyarankan pengguna TM Net untuk menukarkan DNS atau hubungi TM Net untuk menyelesaikan masalah ini. Cadangan kami ialah dengan menggunakan perkhidmatan DNS percuma seperti Google DNS yang menggunakan IP 8.8.8.8 dan 8.8.4.4.

Ada juga pemain Starcraft yang berasa cara Blizzard memperbetulkan server tidak cukup bagus kalau setiap kali perkara sebegini terjadi, hanya menyusahkan pemain sahaja. Asalkan ini tak terjadi lagi minggu hadapan sudahlah, kan?

Nasiblah Destiny 2 akan berpindah ke Steam bulan hadapan dan mempunyai cross-save, sempat jugalah pemain pindah ke platform lain untuk menghabiskan Community Week Challenge di planet Marikh yang akan berakhir esok.

JomKomen!