Sudah 8 jam berlalu, kini masih tidak boleh login. Walaupun ada yang boleh login, pemain akan terputus sambungan (DC) di pertengahan permainan.

Kesemua game di bawah Blizzard termasuk Overwatch, World of Warcraft, Destiny 2 (di PC) dan Heroes of The Storms kelihatan mempunyai masalah untuk masuk. Bagi mereka yang bermain di konsol, pemain akan mendapat Error BC-101 yang bermaksud server tidak stabil dan mempunyai latency yang tinggi.

Tiada lagi kemaskini dari Blizzard mengatakan server mereka akan kembali aktif selepas serangan DDoS tersebut.

Walaupun menggunakan trick menukar masa di settings PC/Console, tetap tidak akan menjamin pemain untuk berada di dalam game. Sekarang pemain hanya boleh tabah menunggu server kembali aktif yang berlaku pada hari minggu yang panjang minggu ni.

JomKomen!