in , , ,

Blizzard Akhirnya Umum Game Mobile Warcraft Arclight Rumble, Ada Solo, Co-Op, PvP

Setelah mengesahkan yang sebuah game mobile dari francais Warcraft akan tiba pada tahun ini, Activision Blizzard akhirnya telah mendedahkan secara rasmi game tersebut.

Berjudul Warcraft Arclight Rumble, ia digambarkan sebagai sebuah game strategi yang penuh aksi. Game ini akan dilancarkan untuk Android dan iOS pada tahun ini, dan seperti kebanyakan game mobile, ia akan dilancarkan secara berperingkat di beberapa rantau atau negara terlebih dulu.

Menurut kenyataan media yang diedarkan, Warcraft Arclight Rumble akan membenarkan para pemain mengumpulkan lebih 60 karakter merentasi keseluruhan universe Warcraft. Apa yang menarik dan comelnya adalah game ini menyajikan gaya seni dan karakter yang berbentuk patung-patung mainan.

Warcraft Arclight Rumble akan menyediakan lebih 70 kempen yang boleh dimainkan secara solo. Selain itu, ia turut menawarkan misi-misi co-op bersama rakan, serta mode kompetitif pemain-lawan-pemain (PvP).

Dalam video penerangan daripada para pembangun yang korang boleh tonton di bawah, mereka menjelaskan yang game ini mengambil inspirasi daripada genre game tower defense. Walau bagaimanapun, menurut mereka, Warcraft Arclight Rumble lebih kepada sebuah game tower offense, menandakan game ini akan membawakan gameplay yang lebih banyak menyerang.

Blizzard belum mendedahkan lagi bilakah tarikh tepat dan negara manakah yang akan dilancarkan terlebih dulu. Namun, mereka sudahpun membuka laman untuk pra-pendaftaran. Buat masa ini, ia hanya dibuka untuk para pengguna Android, manakala pengguna iOS pula belum dibuka lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Square Enix Jual 3 Studio Kepada Embracer Group, Termasuk Tomb Raider, Deus Ex Dan Lebih 50 IP Lain

FIFA 22 Akan Mula Percubaan Cross-Play Tidak Lama Lagi, Mungkin Persediaan Untuk FIFA 23