in

BlackWidow Chroma V2 Diperkenalkan, Hadir Dengan Pelbagai Pembaharuan

BlackWidow Chroma merupakan salah satu mechanical keyboard yang sangat terkenal keluaran Razer, kini menerima kemaskini terbaru.

Dikenali sebagai BlackWidow Chroma V2, mechanical keyboard ini didatangkan dengan 3 pilihan switch keluaran Razer, iaitu Razer Green, Razer Orange atau Razer Yellow.

Razer Green dan Razer Orange mempunyai respon tactile manakala Razer Yellow yang baru diperkenalkan ini boleh dikategorikan sebagai linear switch yang membolehkan pengguna melakukan gerakan yang lebih pantas.

BlackWidow Chroma V2 turut didatangkan dengan pilihan wrist rest magnetik yang membolehkan penanggalan dan pemasangan yang mudah dan pantas, suatu ciri yang pernah ditonjolkan pada Razer Ornata Chroma

Walaupun menerima pelbagai kemaskini, harga untuk Razer BlackWidow Chroma V2 akan terus dikekalkan pada harga RM899 dan sudah boleh didapati melalui kedai-kedai yang menjual barangan keluaran Razer.

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mode Multiplayer Deus Ex: Breach Kini Boleh Didapati Secara Percuma

Pasukan DotA 2 Dari Malaysia, Grills Gaming Juarai Female SEA League 4