in , , ,

Black Myth: Wukong Kongsi 12 Minit Gameplay Baru, Paparkan Pelbagai Jenis Pertempuran Bos Mitos Cina

Setelah kira-kira enam bulan menyepi, Black Myth: Wukong kembali dengan 12 minit video gameplay serba baharu.

Dibangunkan dalam Unreal Engine 5, serta disokong teknologi NVIDIA DLSS, gameplay baharu ini memaparkan banyak pertempuran pelbagai jenis bos yang besar dan kecil, di mana sebahagian besarnya berlaku di kawasan pergunungan salji.

Jom layan gameplay yang penuh dengan mitos Tamadun Cina ini:

Sejak pertama kali diumumkan pada Ogos 2020, game ini terus dibandingkan dengan siri Dark Souls disebabkan gameplay kombatnya seakan sama, tetapi dalam latar belakang adaptasi novel popular China, Journey to the West.

Black Myth: Wukong kini dalam pembangunan, belum ada tarikh pelancaran, dan dijangka akan dikeluarkan untuk platform PC dan konsol.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ghost of Tsushima: Director’s Cut: Boleh Beli or Boleh Blah!?

FIFA 22 Memperkenalkan Volta Arcade – Main Bola Macam Tenis, Dodgeball, Banyak Lagi Party Games