Menu
in , , , ,

Black Myth: Wukong Kembali Dengan Trailer Baru Penuh Aksi Sempena Tahun Baru Cina

Game Science Studio telah berkongsikan video trailer terbaharu untuk Black Myth: Wukong, sebuah game aksi adventure yang kini menjadi game terbitan studio dari China yang paling dinantikan ramai.

Mereka mengatakan yang trailer ini hanya dibikin untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, dan tidak menggambarkan sebarang plot sebenar dalam game.

Sejak pertama kali diumumkan pada Ogos lalu, game ini terus dibandingkan dengan siri Dark Souls disebabkan gameplay kombatnya seakan sama, tetapi dalam latar belakang adaptasi novel popular China, Journey to the West.

Black Myth: Wukong kini dalam pembangunan, belum ada tarikh pelancaran, dan dijangka akan dikeluarkan untuk platform PC dan konsol.

JomBaca: Pembangun Black Myth: Wukong Akan ‘Bersembunyi’ Selepas Trailer Pertamanya Meletup

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version