Menu
in , , ,

Black Myth: Wukong Diumumkan, Game Seumpama Dark Souls, Adaptasi Novel Terkenal China

Sebuah game yang kelihatan cukup memukau telah diumumkan, berjudul Black Myth: Wukong. Dibangunkan oleh Game Science Studio, sebuah studio indie dari China, game ini sudah mula dibandingkan ramai dengan siri Dark Souls kerana gameplay kombatnya yang seakan sama.

Apa yang lebih menarik ialah Black Myth: Wukong diperkenalkan kepada umum dengan sebuah trailer panjang yang menggabungkan sinematik dan gameplay berdurasi 13 minit yang sungguh mengagumkan. Jom layan trailer terbaru untuk game single-player action-adventure RPG ini:

Menurut penganalisis terkemuka, Daniel Ahmad, Black Myth: Wukong merupakan sebuah game yang diadaptasi dari mitologi novel klasik tersohor China, Journey to the West — menampilkan Sun Wukong, atau Monkey King yang akan mempunyai 72 abiliti berbeza untuk digunakan.

https://twitter.com/ZhugeEX/status/1296295321635631104?s=20

Tiada butiran lanjut didedahkan, namun ia merupakan sebuah game berbayar yang akan dilancarkan ke PC dan konsol.

Korang boleh layari laman web rasmi berbahasa Cina untuk Black Myth: Wukong di pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version