Pada tahun 2020, Black Myth: Wukong pernah mengeluarkan trailer pertama yang memaparkan game seperti Dark Souls. Selepas beberapa bulan tanpa berita, pembangun kembali dengan berita terbaru.
Pembangun indie dari China, Game Science telah mengeluarkan filem pendek menerusi saluran YouTube rasmi mereka bersempena sambutan Tahun Baharu Cina. Jika korang tonton sampai habis, di penghujung video didedahkan musim panas 2024 sebagai tahun pelancaran game tersebut. Ia mungkin akan hadir antara akhir bulan Jun dan akhir bulan September.
Bagi soalan mengenai platform manakah akan dikeluarkan, Game Science berkata menerusi bahagian FAQ bahawa ia akan dikeluarkan di PC dan “konsol-konsol mainstream lain”.
Comments
Loading…