in , , , ,

BioWare Telah Mengumumkan Bahawa Mass Effect: Andromeda Tidak Akan Mempunyai Season Pass

Mengambil konsep Titanfall 2, sebuah lagi keluaran EA yang tidak akan mempunyai season pass.

Perkara ini telah disahkan oleh General Manager BioWare, Aaryn Flynn melalui laman Twitter beliau apabila disoal mengenai season pass bagi Mass Effect: Andromeda.

Namun begitu, Aaryn Flynn menyatakan mereka bakal memberikan info selanjutnya bagi DLC Mass Effect: Andromeda kelak.

Berikut adalah trailer terkini bagi Mass Effect: Andromeda yang telah diterbitkan di CES 2017.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai siri terbaru BioWare? Ikuti artikel “6 Aktiviti Yang Mesti Dicuba Nanti Di Mass Effect: Andromeda“.

Diumumkan beberapa hari lalu, Mass Effect: Andromeda bakal diterbitkan pada 21 Mac nanti untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One.

 

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

ESL One Genting 2017: Fnatic, WG.Unity Tersingkir! Virtus.pro, Wings Gaming Mara Ke Semifinal!

Hideo Kojima Pamerkan Set LEGO Istimewa Horizon: Zero Dawn