in

Bintang NFL Travel 3 Jam Untuk Sahut Cabaran Bermain FIFA 16, Menang Besar 9-1!

Ini lagi satu artikel dari sahabat kitorang di SemuanyaBola.com. Kisah seorang gamer FIFA dan kegilaannya mencabar pemain serata Amerika Syarikat ini meletop di Twitter! Kenapa? Jom baca!

chad-johnson-fifa
Sumber

Apa yang anda sanggup lakukan untuk membuktikan anda adalah pemain FIFA 16 yang terhebat?

 

Apapun jawapan anda, ia pasti tidak menyamai tahap komitmen yang dilakukan oleh bekas atlet NFL, Chad “Ochocinco” Johnson untuk mempertahankan reputasinya sebagai ‘pemain FIFA terbaik di Amerika Syarikat’.

Bagi anda yang tak kenal Johnson, sejak bersara dari NFL beliau menghabiskan masa dengan bermain FIFA. Ketagihannya bermain FIFA mencapai tahap sehingga beliau sentiasa mencabar gamers FIFA di Twitter untuk berentap.

https://twitter.com/ochocinco/status/628281691824615424?ref_src=twsrc%5Etfw

Malah Johnson juga tidak segan-segan untuk memulakan ‘trash talk‘ kepada sesiapa yang menerima cabarannya. Menurutnya:

“Bilalah kalian nak belajar. Aku pemain FIFA terbaik di Amerika Syarikat. Aku akan datang rumah kalian, pergi ke peti ais kalian (mengambil minuman) dan kalahkan kalian dalam FIFA.” (sumber)

Tahun lepas, Johnson pernah mengambil perjalanan UBER selama 2 jam selepas seorang gamers FIFA menyahut cabarannya di Twitter.

https://twitter.com/ochocinco/status/628281691824615424?ref_src=twsrc%5Etfw

Tahun ini, Johnson melakukan perkara sama. Cuma kali ini, seorang gamers FIFA dari Miami yang mencabar beliau.

https://twitter.com/_DATBO1WOODY/status/683373054240665600?ref_src=twsrc%5Etfw

Johnson menyahut cabaran gamers tersebut dengan jawapan:

“Kau cabar aku hanya untuk kalah?” dan “Mengapa dia mahu mulakan tahun 2016 dengan kekalahan?”.

Gamers tersebut tidak berminat untuk berbalas-balas trash talk. Sebaliknya beliau mendesak Johnson untuk datang ke rumahnya dengan segera dan beliau ‘sedang menunggu’.

https://twitter.com/ochocinco/status/683377967146348545?ref_src=twsrc%5Etfw

Johnson nyata tidak bermain-main selepas menyahut cabaran gamers tersebut. 1 jam 40 minit kemudian, beliau tiba di lapangan terbang Miami. Beliau meninggalkan beg pakaiannya dan terus pergi ke rumah gamers tersebut.

Beliau tiba di rumah gamers tersebut sejam kemudian.

https://twitter.com/ochocinco/status/683420987669479424?ref_src=twsrc%5Etfw

Johnson nyata tidak bercakap kosong apabila mendahului pasukan gamers (Barcelona) 4-0 pada separuh masa pertama. Di akhir perlawanan, Johnson menang 9-1.

https://twitter.com/ochocinco/status/683426593952403456/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw

Tetapi untuk berlaku adil kepada gamers tersebut, beliau akhirnya dapat menewaskan Johnson pada perlawanan kedua.

https://twitter.com/_DATBO1WOODY/status/683432015455195138/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw

Secara kesimpulannya, Johnson menghabiskan masa hampir 2 jam perjalanan kapal terbang dan 1 jam perjalanan kereta dan meninggalkan beg pakainnya di lapangan terbang – hanya untuk mempertahankan reputasinya dalam FIFA 16.

Baca juga: Hanya Dengan Bermain FIFA, Beliau Mampu Menyara Keluarga!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Bila Abah Review PS+: Koleksi Game Segera Januari 2016!

Rise of the Tomb Raider: Tarikh Di PC Telah Diumumkan!