Setelah sekian lama menanti dan berteka-teki, kita akhirnya mendapat tahu siapakah yang bakal menghidupkan salah satu paling ikonik dalam gaming dalam siri adaptasi televisyennya.
Dilaporkan secara eksklusif oleh The Hollywood Reporter, watak Ellie dalam siri televisyen The Last of Us terbitan HBO akan dimainkan oleh Bella Ramsey, bintang muda yang mula mencipta nama juga dalam siri popular HBO, Game of Thrones sebagai Lyanna Mormont.
Dalam laporan yang sama, THR turut menafikan khabar angin yang mengatakan Mahershala Ali juga akan dibawa masuk ke dalam siri ini.
Sebelum ini, kita telah mengetahui bahawa kerusi pengarah untuk episod pertama diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem asal Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.
Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri TV Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann. Ia merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony Pictures.
Comments
Loading…