in , , ,

Bilangan Pemain Battlefield 2042 Di Steam Turun Ke Bawah 1,000 Pemain

Untuk sebuah francais game sebesar ini, yang baru sahaja berusia lima bulan, bilangan pemain ini tentunya sukar untuk dipercayai. Tetapi itulah hakikatnya.

Bilangan pemain Battlefield 2042 di platform Steam telah mencatatkan penurunan sehingga ke bawah 1,000 pemain buat pertama kalinya sejak dilancarkan pada November 2021.

Seperti yang tercatat di Steamcharts, pada 11 April 2022, jam3 petang (waktu Malaysia), terdapat hanya 976 orang pemain yang bermain Battlefield 2042. Sejam kemudian, ia mula meningkat kepada 996 pemain, dan sejam lagi mula kembali melebihi 1,000 pemain.

Ya, Steam bukan sahaja satu-satunya platform yang boleh memainkan Battlefield 2042. Terdapat lagi platform PC lain seperti Epic Games Store dan Origin, serta platform konsol PlayStation dan Xbox. Namun, sebagai platform terbesar di PC, sudah mula menurun sehingga bawah 1,000 pemain di Steam, sememangnya sesuatu yang menyedihkan.

Baru-baru ini, terdapat laporan yang mengatakan Battlefield seterusnya sudah berada dalam pembangunan, dan DICE sudah menerima “beberapa pengajaran berharga” setelah pelancaran Battlefield 2042 yang mendapat kritikan yang cukup teruk daripada para peminat.

Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami mengatakan:

“Apa yang boleh kami rumuskan: Battlefield 2042 merupakan sebuah game yang terlalu dilumuri lumpur kotor yang menyembunyikan permata yang tersembunyi di sebaliknya. Keseronokan kami ketika bermain sedikit dicacatkan dengan pengalaman game yang terasa seperti tidak siap. Ataupun mungkin lari dari tujuan asal.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kingdom Hearts 4 Diumumkan Melalui Satu Trailer, Masih Dalam Fasa Awal Pembangunan

Sony, Syarikat Induk LEGO Labur Lebih RM8 Bilion Ke Dalam Epic Games Untuk Metaverse