in ,

Bilangan Lampu Di Controller PS5, DualSense Menyala Menandakan Pemain Ke Berapa

Di PS4, kita kadang-kala akan terkeliru kita sedang menggunakan profil atau pemain yang ke berapa (Player 1 atau Player 2). Cara untuk mengetahui adalah dengan melihat apakah warna lampu yang menyala di DualShock 4, sama ada warna biru, merah atau lain-lain.

Kelak, di PS5, kita akan lebih untuk mengenalpasti kita sedang menjadi pemain ke berapa kerana di bahagian tengah DualSense, ada lampu kecil yang menyala. Bilangan lampu kecil ini menandakan kita adalah pemain ke berapa — satu lampu menyala menanda kita Player 1, dua lampu menyala (Player 2) dan seterusnya.

Malah, lampu yang berwarna biru, merah atau lain-lain, sama seperti DualShock 4, tetap turut ditampilkan dalam DualSense.

Korang boleh saksikan contoh nyalaan bilangan lampu kecil dan lampu berwarna di DualSense ini dalam tweet di bawah:

PS5 akan dilancarkan pada 12 November ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Jangan Risau Geralt, Yennefer Akan Kembali Dalam Musim Kedua The Witcher Netflix

Jangan Risau Geralt, Yennefer Akan Kembali Dalam Musim Kedua The Witcher Netflix

Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital

Sony Umumkan Hanya 10 Game PS4 Ini Tidak Akan Boleh Dimainkan Di PS5