in

Bilangan Gamer Warga Emas Semakin Meningkat Mendadak, Menurut Kajian

Sampai ke usia berapa agaknya kita semua akan terus bermain video game?

Menurut kajian yang dilakukan oleh AARP, dilaporkan oleh CBS News, bilangan gamer warga emas atau yang berusia 50 tahun ke atas semakin meningkat di Amerika Syarikat.

Kajian tersebut menyatakan bahawa lebih daripada 10 juta Amerika berumur 50 tahun ke atas telah menjadi gamer aktif sepanjang tiga tahun lepas. Pada 2016, terdapat 40 juta gamer warga emas, satu bilangan yang meningkat mendadak kepada kira-kira 51 juta orang pada tahun 2019.

“Semestinya, mereka yang berusia pertengahan 30-an memenuhi pengguna majoriti dalam industri gaming, tapi kebangkian gamer beruban mempunyai implikasi terhadap bagaimana syarikat-syarikat seperti Electronic Arts dan Nintendo memasarkan dan mencipta produk baru,” dapatan kajian itu menyatakan.

Kajian tersebut turut memberikan gambaran tentang bagaimana gamer warga emas ini berbelanja terhadap kehendak gaming mereka.

Gamer Amerika yang berumur 50 tahun ke atas membelanjakan USD3.5 billion (~RM14.36 billion) kepada video game dan aksesori dalam separuh tahun pertama pada 2019. Sebagai perbandingan, golongan ini hanya membelanjakan USD523 juta (~RM2.5 billion) dalam jangka waktu yang sama pada tahun 2016.

Ini merupakan satu kajian yang menarik terhadap tabiat gaming warga emas di Amerika Syarikat. Sekiranya ada kajian seperti ini untuk Malaysia, pastinya lebih menarik.

Bilangan ini, walaupun kelihatan meningkat secara mendadak, ia boleh dikatakan tidak mengejutkan kerana gamer yang berusia 30-an pada era 80-an atau 90-an pastinya sudah menjadi warga emas dan mereka terus gaming pada era kini. Dan pastinya nombor ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

Bercakap tentang gamer warga emas ini, teringat pula iklan tentang gamer warga emas ini:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Fortnite Memperkenalkan Matchmaking Berdasarkan Skil, Pemain Baru Lawan Dengan Bot

Fortnite Adalah Game Digital Menjana Pendapatan Paling Tinggi Sepanjang 2019, Sebanyak RM7.38b

Peminat Tambah Persembahan "Toss a coin to your Witcher" Ke Dalam Game Pertama The Witcher

Peminat Tambah Persembahan “Toss a coin to your Witcher” Ke Dalam Game Pertama The Witcher