in , , , ,

Bilangan DLC Cyberpunk 2077 Akan Sama Atau Lebih Besar Daripada The Witcher 3

CR Projekt Red telah mengadakan sesi soal jawab bersama para pelabur mereka, dan studio dari Poland itu telah menyentuh beberapa hal, antaranya tentang kemaskini dan bilangan kandungan tambahan (DLC) yang akan ditampilkan ke dalam Cyberpunk 2077.

Menurut CDPR, Cyberpunk 2077 akan mendapat bilangan DLC yang tidak kurang daripada bilangan DLC yang pernah dibawakan dalam The Witcher 3: Wild Hunt. Kata mereka lagi, apa yang lebih menarik ialah pemberitahuan tentang DLC ini dijangka akan dikongsikan mereka beberapa minggu atau bulan sebelum game itu dilancarkan.

Selain DLC utama berbayar, CDPR dijangka akan turut membawakan beberapa kemaskini percuma bagi mengembangkan game tersebut dalam jangka masa pendek. Dalam kata lain, kandungan tambahan untuk Cyberpunk 2077 mungkin akan sama besar atau lebih besar daripada The Witcher 3.

Sebagai perbandingan, The Witcher 3 pernah membawakan dua DLC besar berbayar iaitu Blood and Wine dan Hearts of Stone, serta 16 pek DLC percuma.

Pada ketika ini, Cyberpunk 2077 masih lagi dijadualkan akan dilancarkan pada 17 September 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.

Sumber: VideoGamesChronicle

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
EA Kumpulkan 20 Pemain Bola Sepak Dari Kelab Ternama Eropah Untuk Pertandingan Amal FIFA 20 [KEMASKINI]

EA Kumpulkan 20 Pemain Bola Sepak Dari Kelab Ternama Eropah Untuk Pertandingan Amal FIFA 20 [KEMASKINI]

Animal Crossing: New Horizons Telah Diharamkan Di China Kerana Adanya Protes Hong Kong

Animal Crossing: New Horizons Telah Diharamkan Di China Kerana Adanya Protes Hong Kong