Bila Abah Review PS+: Zombi

0
428

bila-abah-review-zombi-001

Hola Gamers! Seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu Zombi.

Best Ke Abah Game Zombi Ini?

Bila melihat game free untuk bulan ini ialah game tipikal zombi, Abah beranggapan game ini akan sama seperti kebanyakkan game-game zombi yang lain. Namun begitu, setelah memainkan game ini untuk beberapa jam, Abah nampak kelainan yang ada dalam game Zombi ini.

Sudahpun berada di pasaran pada September 2012, game ini telah pun dimainkan pada konsol Wii U. Game bergenrekan first person shooter dan juga survival horror ini terdapat di dalam mode single-player dan juga multiplayer. Tetapi bagi PS+ kali ini, hanya terdapat satu mode sahaja iaitu Campaign.

bila-abah-review-zombi-004

Bertempat di kota London, korang akan bermula sebagai salah seorang mangsa yang terselamat dari serangan zombi, korang kemudian akan berlari menuju ke sebuah tempat perlindungan dan di situ korang akan menerima arahan dari Dr Knight, salah seorang doktor untuk Royal Family yang akan memberi korang misi.

bila-abah-review-zombi-003

Pada permulaan permainan, Abah merasakan game ini hanyalah untuk menjadi mangsa yang paling lama dapat bertahan, misi-misi yang mudah seperti mencari bug-out beg – beg yang membolehkan korang menyimpan loot-loot yang korang jumpai dan juga Prepper Pad – sejenis scanner yang korang boleh gunakan untuk mengesan apa sahaja di dalam keadaan gelap.

barps-zombi-003

Setelah bermain lebih lama game ini, baru Abah nampak tujuan sebenar kita dibantu oleh Dr. Knight adalah untuk mendapatkan kembali formula penawar yang terdapat pada Tower Of London.

Bermain game zombi ditambah di dalam suasana gelap dan suram betul-betul menguji kesabaran Abah. Abah rasa game ini je yang paling banyak Abah melompat-lompat terkejut, dan beberapa kali juga Abah di-‘sound‘ oleh isteri Abah kerana menjerit kuat hanya kerana zombi yang tiba-tiba muncul di sebelah Abah.

bila-abah-review-zombi-002

Mengutip loot dan item juga penting di dalam game ini, mungkin korang rasa mengutip serpihan papan adalah satu benda yang merugikan, namun harus diingatkan bukan menyerang sahaja penting, bertahan juga sama penting kerana papan-papan tersebut boleh digunakan untuk memantapkan lagi pertahanan korang di safe house nanti.

Yang menariknya, cara korang mainkan juga akan mempengaruhi samada misi itu akan menjadi mudah ataupun sukar. Sekiranya korang berjiwa rambo dan sukakan suasana huru-hara, korang boleh membunuh dan menghadap kesemua zombi yang menghalang jalan korang, tapi hati-hatilah, jangan sampai korang kena gigit pula!

bila-abah-review-zombi-005

Sekiranya korang memilih untuk menjadi seperti ninja, korang boleh memilih lorong-lorong gelap ataupun jalan alternatif lain di mana kurang zombi berkeliaran dan ini sekaligus dapat mengurangkan risiko korang diserang oleh zombi.

Selain itu, yang paling menarik bagi Abah ialah sekiranya korang mati dibunuh oleh zombi, watak tersebut akan terus mati dan korang akan kembali dengan watak yang lain. Sekiranya korang mati ketika menjalankan misi hack CCTV, korang akan bermula dengan watak yang lain dan juga korang akan diberikan misi yang lain dari watak sebelumnya. Barang-barang yang korang simpan di dalam bug-out beg juga akan hilang, dan kemungkinan besar korang akan berjumpa dengan watak yang mati tadi telah pun menjadi zombi dan akan menyerang korang. WOW menarik!

Apa Abah Rasa!

barps-zombi-006

Secara keseluruhannya, Abah amat berpuas hati dengan game Zombi ini. Banyak kelainan yang ditonjolkan dalam game Zombi ini membuatkan Abah juga terleka kerana berusaha dengan keras untuk menyelesaikan setiap misi yang diberi.

Kesabaran juga diperlukan di dalam game ini, kerana korang perlu mencari loot-loot yang bersepah di sekeliling kota London memandangkan bekalan korang adalah terhad dari segi ubatan dan juga peluru. Kerancakan game juga bergantung kepada cara korang memainkan game tersebut, sekiranya korang suka dikejar zombi korang boleh memilih cara melulu dan sekiranya korang suka menyelinap korang boleh mainkan secara stealth.

Namun harus diingatkan, game ini tidak sesuai dimainkan oleh anak-anak korang. Melainkan anak-anak korang sudah dewasa. Kalau korang nak bagi main juga itu terpulang. Memandangkan game ini mengandungi unsur-unsur seram dan keganasan yang agak melampau, oleh itu Abah tidak sarankan game ini untuk dimainkan oleh anak-anak kecil.

Memang melekakan game Zombi ini. Tapi Abah sarankan korang mainlah waktu pagi ataupun petang, kalau main malam dengan pakai headphone dan tiba-tiba zombi melompat ke sebelah dan korang menjerit, jangan salahkan Abah ya. Silap-silap bini korang mengamuk jadi zombi dan gigit korang pulak!

ADIOS!!

JomKomen!