bila-abah-reviews-002

Happy New Year! Gamers-gamers sekalian, selamat melangkah ke tahun 2016! Dan sekali lagi Abah ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana masih menyokong review-review Abah yang tak seberapa ni.

So jom kita tengok game free yang disediakan oleh PlayStation Plus untuk Januari 2016.

Hardware: Rivals

Game yang berkonsepkan Vehicular Combat ini boleh dimainkan secara single player dan juga multiplayer. Korang perlu memilih 2 jenis kenderaan iaitu Tank dan juga Fast Attack Vehicles (“FAV”s). Ala-ala Twited Metal gitu, misi korang mudah – musnah atau dimusnahkan.

Grim Fandango Remastered

Game yang originalnya berasal dari PC pada tahun 1998 ini telah remastered khas untuk pemain console. Mengisahkan  Manuel “Manny” Calavera seorang travel agen yang telah mati, di bawa ke underworld dalam misi menyelesaikan puzzle-puzzle yang menjadi halangan.

Futuridium EP Deluxe

Game indie dari developer MixedBag ini bergenrekan Shoot’em up ini diinspirasikan dari game Commodore 64. Korang akan bawa kapal angkasa yang tersesat di dalam dimensi yang tidak diketahui asal usulnya. Korang perlu terbang dan kawal kapal angkasa korang sepanjang trek yang disediakan dan menembak power cube untuk memastikan kapal angkasa korang mempunyai kuasa yang mencukupi.

So amacam guys?? Teruja tak? Hmm sabar la, tunggu Abah review game-game ini nanti.

ADIOS!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.