in , , ,

Bila Abah Review PS+: Koleksi Game Segera Februari 2016!

bila-abah-reviews-004

Yeah bulan Februari sudah tiba, Abah dengar cerita game free dari PSN kali ini lebih gempak dan padu! Betul ke?

So jom kita tengok game free yang disediakan oleh PlayStation Plus untuk Februari 2016.

Helldivers

Game berkonsepkan shoot’ em up ini boleh dimainkan secara single-player ataupun multiplayer. Tembak apa sahaja yang datang kepada korang dan jelajah ke seluruh planet dalam misi korang memastikan keamanan Super Earth.

Nom Nom Galaxy

Game yang agak pelik, korang akan bermain sebagai pekerja di dalam Soup Co. di mana korang menjelajah ke seluruh planet dalam mencari bahan-bahan untuk membuat sup yang hebat. Korang perlu bersaing dengan pesaing-pesaing yang lain di dalam misi dan membina kilang membuat sup dan juga kubu korang.

Nova-111

Berbekalkan sebuah kapal angkasa, korang akan mengembara ke planet yang tidak ketahui asal usul dalam mencari saintis yang telah hilang. Selesaikan puzzle dan upgrade kapal korang untuk bertahan lebih lama di dalam game ini.

So amacam guys?? Teruja tak? Hmm sabar la, tunggu Abah review game-game ini nanti.

 

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

The Division: Tarikh Open Beta Dah Leaked!

Kholat: Jom mengembara di pergunungan Russia!