Hola!! Gamers, seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu King Quest – Chapter 1 A Knight To Remember.
Amacam Abah? Best Ke Game Ni?
Bila Abah main je game ni, yang Abah boleh cakap ialah Wow! Game ini betul-betul menarik minat Abah untuk terus bermain. Walaupun tidak mencabar, tiada fighting hanya berjalan untuk menyelesaikan puzzle. Bagi Abah game King Quest ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Korang akan bermain sebagai Graham, seoarang budak kampung yang bercita-cita untuk menjadi Kesatria yang berkhidmat di bawah pemerintahan King Edward. Di sini bermula la pengembaraan korang dalam misi untuk menjadi Kesatria dengan bertanding menentang 4 lagi orang peserta yang akan turut serta merebut jawatan ini.
Game ini amat mudah di fahami dan amat mudah untuk di mainkan. Korang tak perlu upgrade senjata, tak perlu leveling, dan tak perlu bersusah payah mencari loot untuk menghadapi musuh. Korang cuma perlukan otak korang sahaja untuk menempuh segala puzzle yang di sediakan di dalam game ini.
Yang lagi membuatkan game ini lagi menarik ialah benda penting yang korang perlu jaga ialah pilihan yang korang akan buat. Setiap pilihan yang korang buat, akan menentukan samada korang berjaya atau tak melepasi setiap halangan yang di berikan. So kalau korang tersilap buat pilihan, maknanya korang kena start dari mula la geng.
Abah amat sarankan sekiranya korang beri anak-anak korang yang sudah pandai bermain game untuk mainkan game King Quest ini, selain mempunyai puzzle-puzzle yang boleh mencabar minda anak korang, game ini juga mempunyai moral value yang boleh di jadikan pengajaran.
Apa Abah Rasa?
Bagi Abah, game ini harus korang download kerana Abah boleh jamin korang dan anak korang pasti suka punya. Watak-watak yang clumsy, mengarut dan comel ini membuatkan anak-anak korang pasti gelak tak kering gusi. Selain puzzle-puzzle yang mencabar minda, pengajaran di dalam game ini membuatkan kenapa Abah menyarankan untuk korang miliki. Abah sendiri terlajak bila main game ni. Best wooo! Cuma jangan la leka sangat, kang mengamuk bini korang, silap-silap cable power PS4 korang kena sorok!
Comments
Loading…