in , , , ,

Bila Abah Review PS+: Helldivers

helldivers-001

Hola Gamers! Seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu Helldivers.

Apa Yang Best Tentang Game Ni?

Kalau korang nak tau, Helldivers ni merupakan antara game yang amat Abah nanti-nantikan. Setelah mendapat feedback yang positif dari kawan-kawan Abah yang telah pun membeli game ini, Abah pun dengan segera men-download game ini.

helldivers-002

Sejujurnya, setelah hanya 5 minit bermain game ini, Abah boleh katakan ‘Wow’. Game ini berjaya membuatkan Abah terleka dan membuatkan Abah melekat di depan TV untuk beberapa jam tanpa menghiraukan apa yang jadi di sekeliling Abah.

Game dari developer ArrowHead Game Studios ini pandai memukau peminat game bergenrekan shoot ’em up dengan gameplay yang simple tapi menyeronokkan dan Abah amat berpuas hati dengan konsep di dalam game ini.

helldivers-003

Misi game ini amat mudah, pertahankan Super Earth dari serangan makhluk asing yang berada di merata-rata planet. Pilih destinasi yang hendak dituju kemudian pergi ke destinasi tersebut dan bersedia hadapi makhluk asing yang menghuni planet tersebut.

Yang menarik tentang game ini, korang memerlukan strategi untuk memenangi sesuatu mission yang diberikan, gunakan senjata yang terbaik, dan korang boleh menggunakan stratagems – bantuan yang diberikan dengan mengaktifkan command tertentu dan bermacam-macam jenis bantuan yang boleh digunakan bergantung kepada level korang.

helldivers-005

Di dalam game ini, Abah amatlah sarankan korang bermain bersama rakan-rakan korang. Game ini boleh dimainkan secara single-player dan juga multiplayer, sudah semestinya bermain secara multiplayer akan memberikan suasana permainan yang lebih seronok dan mengujakan.

Dalam keasyikan korang menembak makhluk asing yang datang dari segenap arah, berhati-hati dengan apa yang korang tembak, kerana di dalam game ini, friendly fire adalah dibenarkan. Abah berapa kali terbunuh rakan Abah kerana musuh-musuh yang datang begitu banyak dan dalam kelam kabut memang Abah tak nampak apa dah.

helldivers-004

Mission-mission yang diberikan di dalam game ini, korang boleh lakukan secara solo ataupun bersama rakan anda, buat mission sebanyak yang mungkin, naikkan level anda, dapatkan senjata-senjata yang menarik, dapatkan perk yang awesome dan juga dapatkan bantuan udara yang akan membantu korang sepanjang misi nanti.

Apa Abah Rasa?

Pada pendapat Abah, secara keseluruhan game ini amatlah Abah sarankan untuk di-download dan dimainkan. Game yang simple, gameplay yang mudah, menyeronokkan dan juga sesuai untuk meredakan stress setelah seharian bekerja.

Game ini juga sesuai dimainkan oleh anak-anak korang kerana mekanisma game yang amat mudah untuk difahami. Tembak, tembak dan tembak benda ini amat mudah untuk difahami oleh anak korang, dan selebihnya korang kenalah bantu.

Cuma satu saja yang Abah ingin pesan, game ini amat melekakan. Jangan terlalu khusyuk sampai bini panggil pun tak dengar! Abah dah kena banyak kali, bini menjerit dari dapur dan anak menangis pun Abah tak dengar, seram Abah – silap-silap kena sorok jugak PS4 ni.

Download Jangan Tak Download! Rugi Kalau Tak Download!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tales of Beseria: Memperkenalkan Rokuro Dan Eleanor!

Street Fighter 5: Siri Character Intro: Nash – Bangkit Dari Maut!