Hola!! Gamers, seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu Gauntlet Slayer Edition.
Best Sangat Ke Game Ni?
Bila Abah tengok sahaja game free untuk bulan Disember ni, Abah ingat game ni tak best. Tapi apa salahnya download dulu dan try, tak rugi pun kan.
Rupa-rupanya Gauntlet Slayer Edition memang seronok untuk dimainkan, ala-ala game Diablo gitu. Berkonsepkan hack and slash, dungeon crawler ini memang comel dengan pilihan-pilihan character yang menarik.
Game ini mempunyai 3 mode yang boleh dimainkan iaitu Campaign, Endless dan juga Colosseum.
Korang akan diberikan 4 jenis character untuk di mainkan. Wizard, Elf, Warrior dan juga Valkyrie dan mengembara meredah ke dalam dungeon – membunuh musuh-musuh, mencari coin dan juga mencari jalan keluar.
Dan yang menariknya korang boleh mainkan game ini secara solo ataupun secara multiplayer. Lagi ramai lagi syokkan, bergabung tenaga dan kuasai dungeon dengan tiada perasaan takut.
Untuk memulakan game ini amat mudah, pilih character yang korang ingin pakai, pilih dungeon kemudian tunggu wave-wave musuh yang datang, dan apalagi bunuh la. Jangan lupa lak untuk kumpul semua coin yang bertaburan di sekitar dungeon kerana korang boleh gunakan coin itu untuk upgrade weapon, baju ataupun aksesori korang.
Bagi Abah juga, game ini amatlah straight forward. Tak perlu korang susah payah untuk menyelesaikan puzzle, hanya bunuh musuh-musuh, pungut apa yang patut, dan juga cari jalan keluar dari dungeon tersebut.
So Abah rasa game ini sesuai sekiranya untuk dimainkan oleh anak-anak korang kerana tiada keganasan yang melampau, dan juga game ini memang bersifat santai. Abah kadang-kadang pun terlajak main game ni walaupun pada mulanye nak main sekejap je.
Apa Abah Rasa?
Pada Abah, game ini memang bersesuain dengan jiwa Abah, simple dan santai. Korang boleh mainkan bila-bila masa tanpa perlu memikirkan untuk rushing leveling ataupun menyelesaikan game ini dengan cepat. Tiada puzzle dan amat mudah untuk dimainkan sehinggakan korang boleh bagi anak korang join sekali. Jelas sekali korang boleh berhenti sekejap sekiranya bini korang mintak tolong uruskan anak korang nanti.
Comments
Loading…