in , , ,

Bila Abah Review PS+: Galak-Z

bila-abah-review-galak-z-001

Hola Gamers! Seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu Galak-Z.

Ceciter Sikit Abah Pasal Game Nih?

Bila tengok je trailer game Galak-Z ni, teringat Abah dengan cerita Macross yang popular satu masa dulu. Memandangkan nampak macam seronok, Abah pun ambil keputusan untuk download game ni.

bila-abah-review-galak-z-005

Dari developer 17-Bit, Galak-Z merupakan game berkonsepkan action/shooter yang di inspirasikan dari sci-fi anime klasik pada penghujung era 1970. Dengan menggunakan grafik lukisan tangan, game ini sememangnya menarik minat Abah dan terutama sekali anak-anak Abah untuk bermain.

Bermain sebagai A-Tak, watak utama dan merupakan pilot untuk kapal terbang yang akan menjadi teman baik korang di sepanjang misi korang nanti. Terpisah dari koloni, A-Tak dibantu oleh si cantik Beam – komander di dalam kapal USS Axelios, yang akan bekerjasama dengan korang menumpaskan semua lanun-lanun angkasa lepas yang bermaharajalela.

bila-abah-review-galak-z-006

Korang akan diberikan misi oleh Beam dan korang perlu menyelesaikan misi-misi tersebut dengan memusnahkan musuh-musuh ataupun melakukan misi menyelamat anak-anak kapal USS Axelios yang turut serta berperang bersama korang nanti.

Di dalam game ini, selain berhadapan dengan makhluk-makhluk asing yang berkeliaran di sekitar angkasa, korang juga perlu berhadapan dengan 2 kelompok musuh iaitu Imperial dan juga Void Rider. Dan perlu diingat mereka ni semua tak kurang juga hebatnya.

bila-abah-review-galak-z-004

Memandangkan korang perlu menghadapi musuh-musuh yang semakin kuat di setiap level, sudah pasti sistem upgrading ada disediakan. Korang perlu selesaikan setiap misi yang diberi, kumpul ‘Salvage’ iaitu mata wang akan korang gunakan untuk upgrade kapal korang nanti.

bila-abah-review-galak-z-007

Upgrade semua sekali, senjata korang, missile, armor dan juga pastikan korang level up dengan cepat untuk membolehkan korang unlock Mech mode untuk kapal korang nanti.

bila-abah-review-galak-z-002

Game ini memang seronok dengan grafik dan juga audio yang disediakan adalah amat menyegarkan dan mendebarkan. Korang tak perlu memecahkan kepala untuk menyelesaikan sebarang puzzle, cuma perlu mempunyai sepasang tangan yang cekap untuk mengawal kapal korang itu.

bila-abah-review-galak-z-003

Namun begitu, bagi Abah, pengawalan dalam game ini sedikit janggal dan Abah rasakan sedikit kesukaran mengawal kapal angkasa ini untuk mengelak sambil menembak musuh pada masa yang sama. Tapi Abah tak nampak masalah ini pada anak-anak Abah, mungkin mereka lagi pro dari Abah kot.

Selain itu juga, sedikit menghampakan Abah ialah ketiadaan mode Multiplayer yang mungkin akan menjadi lebih seronok sekiranya dapat dimainkan bersama rakan-rakan ataupun dengan anak-anak Abah.

Jangan cakaplah berapa kali Abah berebut dengan anak Abah sebab seronok sangat main game ini. Kalau ada Multiplayer dan co-op mode, mungkin taklah berebut-rebut dengan anak Abah ini.

Apa Yang Abah Rasa?

bila-abah-review-galak-z-008

Bagi Abah, Galak-Z merupakan antara game yang perlu ada di dalam konsol korang. Menyeronokkan, santai dan amat sesuai dimainkan untuk menghilangkan stress korang.

Selain daripada sistem gameplay yang mudah dan menarik, Galak-Z menjanjikan kelainan pada setiap misi dengan barisan musuh-musuh yang berlainan dan juga sistem upgrading yang membuatkan korang tidak akan cepat bosan.

Game ini juga sesuai dimainkan oleh anak-anak korang memandangkan kanak-kanak amat menyukai game-game yang berkonsepkan shooter seperti ini. Tiada unsur ganas yang melampau, grafik yang menarik dan juga kekemasan audio yang sesuai dengan konsep sci-fi ini pasti menarik minat anak-anak korang bermain game ni. Dianggarkan ada lebih kurang 25 mision untuk dimainkan, dan ini pasti memuaskan anak-anak korang nanti.

Cuma jangan berebut dengan anak-anak korang ya, nanti tak pasal-pasal anak korang menangis, tau-tau je pandangan terakhir yang korang nampak nanti – DS4 melayang keluar tingkap!

Download Jangan Tak Download! Rugi Kalau Tak Download!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

“Peminat Lebih Banyak Mempromosikan Rocket League Berbanding Kami” – Psyonix

Final Fantasy XV: Square Enix Umumkan Play Arts Kai Gladio, Ignis & Prompto!