Hola Gamers! Seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu Broforce.
Padu Tak Abah Game Yang Menang ‘Vote To Play’ Ni?
Memandangkan game ini telah menang di dalam ‘Vote To Play’, jadi apa salahnya Abah download dan cuba game ni. Dipilih oleh orang ramai, konfem game ni seronok dan mantap untuk dimainkan. Setelah mencuba, apa yang Abah mampu katakan ialah korang wajib download game ni!
Dari developer Free Lives ini, Broforce merupakan game bergenrekan run-and-gun platform boleh dimainkan secara single player dan juga multiplayer. Abah sudah pun mencuba game ini, dan apa yang memeranjatkan ialah Abah terpaksa melekat lama di depan TV kerana terlalu asyik bermain game Broforce. Ini sekaligus mengimbau kembali kenangan Abah kepada game Contra satu ketika dulu.
Tidak sukar untuk bermainkan game ini, apa yang korang perlu lakukan ialah menembak musuh-musuh serta membebaskan kawasan tersebut dari jajahan musuh. Kecerdasan jari jemari korang amatlah diperlukan untuk korang menembak, melompat, membaling bom dan juga mengelak serangan musuh yang datang bertalu-talu.
Bermula sebagai Rambo ataupun RamBro (parody untuk cerita Rambo), korang telah diberikan arahan oleh jeneral korang untuk membebaskan negara-negara di seluruh dunia dari cengkaman diktator. Sepanjang perjalanan korang itu, korang bukan sahaja perlu menembak dan membunuh musuh, tetapi korang perlu menyelamatkan tawanan dan juga perlu pergi ke check point (yang berada di penghujung game) bagi menamatkan sebuah misi.
Apa yang menarik ialah, apabila korang menyelamatkan tawanan, korang akan diberikan extra life dan juga dapat meng’unlock’ watak baru yang juga akan membantu korang sepanjang misi ini. Dan yang lebih menarik minat Abah untuk terus bermain game ini ialah, rata-rata watak yang disediakan ialah watak utama di dalam filem hero Hollywood! Menarikkan! Antara watak yang ada ialah Rambo, Robocop, Neo (Matrix), BA Baracus (A-Team), John McClane (Die Hard) dan ramai lagi.
Bukan sahaja korang perlu menumpaskan askar-askar jahat yang menguasai dunia, tetapi korang juga perlu mempertahankan bumi dari serangan Alien dan juga pada akhirnya korang akan dihantar ke Underworld untuk menumpaskan demon-demon yang diketuai oleh Satan.
Abah juga berkesempatan untuk memainkan game Broforce ini secara multiplayer. Bermain bersama rakan-rakan Abah seramai 4 orang, tidak dapat Abah gambarkan betapa huru-haranya suasana di dalam game itu, letupan disana sini, suara Abah dan rakan-rakan menjerit dan ketawa mengekek-ngekek – menunjukkan Broforce merupakan sebuah game yang amat menarik dan harus di download oleh setiap orang!
Apa Yang Abah Rasa?
Pada pandangan Abah, Broforce merupakan sebuah game yang amat menyeronokkan dan dapat menghilangkan stress korang ke tahap maksima. Adakah Abah bosan? Sudah tentu tidak, ini terbukti kerana Abah menghabiskan banyak masa dengan bermain game ini tanpa sedar sudah hampir 5 jam Abah menghadap game ini tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Memandangkan game ini boleh dimainkan secara co-op. Sudah tentu Abah akan mengajak teman baik Abah iaitu anak Abah untuk bermain bersama. Keseronokan lebih terasa apabila korang dapat bermain bersama anak korang disamping dapat merapatkan lagi hubungan antara korang dan anak.
Selain itu, gameplay yang mudah untuk dimainkan dan difahami, menarik minat anak-anak korang untuk bermain. Melihat anak-anak korang ketawa dan menjerit keseronokan sudah tentu membuat korang tersenyum dan juga dapat menjimatkan duit korang daripada membeli game yang bersesuaian dengan anak korang.
Tapi harus diingatkan, jangan terlalu leka dengan game ni, yup memang seronok, tapi jangan seronok sangat sampai tak sedar yang bini korang tuh dah menyingsing lengan baju tunggu nak meletup – sebab ape? Sebab korang la yang lupa diri sampai tak ingat waktu nak makan!
Comments
Loading…